Skip to main content

Posts

Anggapan karut tentang DARA

Number of View: 0 ANGGAPAN KARUT ‘DARA’ Soalan SAYA pernah mendengar kata orang kononnya seseorang lelaki akan tahu sama ada wanita yang dikahwininya masih mempunyai dara atau tidak. Adakah ini betul? ZAM Seremban Jawapan Doktor sendiri tidak tahu sama ada wanita itu dara atau sebaliknya kerana ketiadaan atau selaput dara terkoyak bukan tanda wanita itu bukan anak dara. Ini kerana perkara itu boleh berlaku akibat aktiviti lasak, kemalangan, onani dengan memasukkan benda ke dalam faraj atau memang dilahirkan tanpa selaput dara. Jika wanita itu pernah melakukan hubungan seks penetratif, dia bukan anak dara lagi walaupun selaput daranya masih kekal! Jadi jangan dengar perkara mengarut itu. Dara atau teruna ialah status atau kedudukan individu itu baik wanita atau lelaki yang belum pernah melakukan hubungan seks penetratif dengan lelaki atau wanita. Jika lelaki pentingkan status dara untuk bakal pasangannya, tidak salah jika wanita juga mahukan teruna sebagai pasangannya. Itu ba...

Kalau dah namanya perempuan

Number of View: 0 1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu? Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu? 2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum? Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni! 3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek. Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I. 4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la. Makna tersembunyi : Tolong picit kepala. 5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi… Makna tersembunyi : Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek. 6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja. Makna tersembunyi : I tak nak kat you. Tak paham-paham ke? 7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla… Makna tersembunyi : Hish… I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je. 8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu? Makna tersembuny...

Jangan dekati zina

Number of View: 0 Tidak mengherankan kalau seluruh agama Samawi mengharamkan dan memberantas perzinaan. Terakhir ialah Islam yang dengan keras melarang perzinaan serta memberikan ultimatum yang sangat tajam. Karena perzinaan itu dapat mengaburkan masalah keturunan, merusak keturunan, menghancurkan rumahtangga, meretakkan perhubungan, meluasnya penyakit kelamin, kejahatan nafsu dan merosotnya akhlak. Oleh karena itu tepatlah apa yang dikatakan Allah: “Jangan kamu dekat-dekat pada perzinaan, karena sesungguhnya dia itu perbuatan yang kotor dan cara yang sangat tidak baik.” (al-Isra’: 32) Islam, sebagaimana kita maklumi, apabila mengharamkan sesuatu, maka ditutupnyalah jalan-jalan yang akan membawa kepada perbuatan haram itu, serta mengharamkan cara apa saja serta seluruh pendahuluannya yang mungkin dapat membawa kepada perbuatan haram itu. Justru itu pula, maka apa saja yang dapat membangkitkan seks dan membuka pintu fitnah baik oleh laki-laki atau perempuan, serta mendo...

Suami soleh

Number of View: 0 “Bagi kaum Adam, renungilah sejenak apa yang ditulis di bawah agar kamu menjadi pemimpin keluarga yang berwibawa. Insyaallah. 1. Mentaati Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah-Nya. 2. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah s.w.t. 3.Melayani serta menasihati isteri dengan sebaik mungkin. 4.Menjaga hati dan perasaan isteri. 5.Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu di luar kemampuan isteri. 6.Bersabar dan menjauhkan diri daripada memukul isteri sehingga boleh memudaratkan dirinya. 7.Hendaklah menjauhkan diri daripada mengeji isteri di hadapan orang lain sekalipun memuji wanita lain di hadapannya. 8.Bersabar serta menerima kelemahan isteri dengan hati terbuka kerana segala sesuatu dijadikan oleh Allah s.w.t. dan mempunyai rahmat di sebaliknya. 9.Mengelakkan diri terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai seorang pemimpin dalam keluarga. 10.Memberi nafkah kepada isteri dan ana...

Wanita Idaman

Number of View: 0 Semoga dapat dijadikan panduan kepada kaum wanita dalam membentuk diri menjadi muslimah sejati. jua buat panduan kaum lelaki dalam mencari muslimah sejati untuk teman dunia dan akhirat. sama-samalah kita membentuk diri dalam menjadi hamaba Nya yang berTAQWA…. WANITA IDAMAN…. wanita..idaman lelaki yang hatinya disalut taqwa kepada allah yang jiwanya penuh penghayatan terhadap islam yang sentiasa haus dengan ilmu yang sentiasa dahaga akan pahala yang solatnya maruah dirinya yang tidak pernah takut untuk berkata benar yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan allah wanita idaman lelaki ialah…yang menjaga tutur katanya yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang wanita idaman lelaki ialah…wanita yang menghormati ibunya yang sentiasa berbakti ke...

Aduhai suami

Number of View: 0 Semoga jadi panduan utk kita sama-sama memperbaiki diri. “Duhai diri kejamnya engkau. membiarkan hati wanita sedih dan kecewa sendirian.Kau kutip dia dari pangkuan ayah bondanya, namun kau tinggalkan hatinya di persada duka.Sekeping hati tipis bak kaca, kini retak dan sumbing tepinya.Siapa yg akan memungut hati yang luka milik wanita bergelar isteri itu, kalau bukan kau wahai diri… Naluri kelelakianmu kau sorokkan di mana? Perkasa dirimu dimana letaknya ? Kelelakian lelaki terletak pada kebijaksanaannya melaksanakan perananya yg unik dan tersendiri iaitu memimpin wanita. Kepimpinan yg dimaksudkan ialah kepimpinan dalam suatu institusi yg sangat penting yg mesti dipegang oleh lelaki. institusi itu ialah nadi. benteng utama kepada kestabilan masyarakat dan agama. itulah institusi keluarga. Dia pemimpin kepada isteri dan anak2nya. Tak kira wanita itu sebagai menteri tetapi dlm keluarganya dia tetap pengikut kepada suaminya. Disitulah terletaknya kelelakian seo...

Rencah Rumahtangga Bahagia

Number of View: 0 Pedoman bagi yang sudah mendirikan masjid dan panduan bagi yang bakal mendirikan masjid….:) Rencah Rumahtangga Bahagia Kalau diibaratkan sebuah perniagaan, maka cinta suci merupakan modal asas paling utama dalam membina keluarga bahagia. Selagi cinta itu masih suci murni, selama itu nikmat berbulan madu terus dapat dikecapi sepanjang berumah tangga. Lebih-lebih lagi andainya dapat dilengkapi dengan rencah-rencah tambahan berikut : 1. Puas Hati Terimalah pasangan anda dengan redha dan puas hati. Bersangka baiklah terhadap Allah s. w. t Maha suci yang telah menentukan jodoh kita. Jangan diungkit-ungkit kekurangan pasangan anda. Yakinlah bahawa tiap sesuatu itu sudah ditentukan oleh Allah dan mempunyai pelbagai hikmah yang kadang-kadang kita tidak faham. Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah seorang lelaki mukmin membenci isterinya yang beriman. Bila ada perangai yang tidak disukai, dia pasti redha (menyenangi) perangainya yang lain (kebaikan)”. ...