Skip to main content

Posts

Membersihkan titisan darah haid isteri

Number of View: 0 Membersihkan titisan darah haid isteri Dari Aisyah r.a., dia berkata, “Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w. di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.” (Hadis Riwayat Nasai)

Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra

Number of View: 0 Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra Nabi s.a.w. biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan. ” (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

10 Perkara Memeranjatkan Dalam Perkahwinan

Number of View: 0 10 Perkara Memeranjatkan Dalam Perkahwinan Bila wujud perkahwinan, tidak semesti semuanya ok dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar. Di bawah ini ada beberapa perkara melalui pengalaman masyarakat kita dan tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin. 1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi. “Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.” 2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari. “Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak di...

23 Petua Rumahtangga Bahagia

Number of View: 0 23 Petua Rumahtangga Bahagia 1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama. 2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan. 3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri. 4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya. 5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan. 6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga. 7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu. 8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak. 9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah ker...

Benarkah Wanita Selalu Inginkan Multi-Orgasme

Number of View: 0 Benarkah Wanita Selalu Inginkan Multi-Orgasme ? Jika dulu wanita melayani suami sekadar memenuhi kewajiban, kini dengan semakin terbukanya informasi soal seks, mereka juga ingin menikmati aktiviti tersebut. Informasi mengenai orgasme lebih dari sekali (multiple orgasm) terkadang membuat lelaki berusaha terlalu keras untuk membantu pasangannya mencapai hal itu. Tidak seperti lelaki yang organ seksualnya di luar, organ wanita tidaklah mudah dilihat, bahkan oleh dirinya sendiri. Wanita, tentu menginginkan orgasme, namun hal itu amat bergantung seberapa senang ia terhadap tubuh sendiri, pengalaman seksual di masa lalu, serta adanya rasa percaya dan senang terhadap pasangan. Walau begitu kebanyakan wanita tidak menjadikan multi-orgasme sebagai tujuan utama hubungan kelamin. Umumnya mereka lebih mementingkan intimasi secara emosional dan proses dalam aktiviti hubungan kelamin. Proses (ciuman, belaian & aktiviti stimulasi lainnya) lebih penting baginya daripada orgasme i...

Renungan untuk para suami

Number of View: 0 Wahai para suami, Apakah membebanimu wahai hamba Allah, untuk tersenyum di hadapan isterimu dikala anda masuk bertemu isteri tercinta, agar anda meraih pahala dari Allah?!! Apakah membebanimu untuk berwajah yang berseri-seri tatkala anda melihat anak dan isterimu?!! Apakah menyulitkanmu wahai hamba Allah, untuk merangkul isterimu, mencium pipinya serta bercumbu disaat anda menghampiri dirinya?!! Apakah memberatkanmu untuk mengangkat sesuap nasi dan meletakkannya di mulut isterimu, agar anda mendapat pahala?!! Apakah termasuk susuh, kalau anda masuk rumah sambil mengucapkan salam dengan lengkap agar anda meraih 30 kebaikan?!! Apa yang membebanimu, jika anda menuturkan untaian kata-kata yang baik yang disenangi kekasihmu, walaupun agak terpaksa, dan mengandung bohong yang dibolehkan?!! Tanyalah keadaan isterimu di saat anda masuk rumah!! Apakah memberatkanmu, jika anda menuturkan kepada isterimu di saat masuk rumah : “Duhai kekasihku, semenjak Kanda keluar dari sis...

Keluarga Bahagia

Number of View: 0 Banyak lagi sunnah Rasulullah saw yang boleh dilakukan oleh suami isteri. Antaranya pasangan suami isteri digalakkan mandi bersama- sama. Untuk menambahkan kemesraan maka salinglah memandikan. Begitu juga isteri yang berada dalam keadaan lemah seperti dalam pantang selepas bersalin alangkah bahagianya jika dapat dimandikan oleh suami. Walaupun perkara ini ringan tetapi ia perlu diwujudkan supaya kasih sayang berkekalan. Dari Aisyah ra,”Aku berulangkali mandi bersama Rasulullah dari satu bajana. Tidak lebih daripada aku menuangkan air tiga kali tuang di atas kepala aku.”Selain mandi bersama, suami isteri juga digalakkan membersihkan diri bersama2 termasuklah mencukur bulu ari2, menggunting misai dan memotong kuku bersama2. Membelai antara satu sama lain Setelah beberapa tahun berada di alam perkahwinan jarang suami isteri yang suka pandang memandang. Sedangkan sebelum berkahwin dahulu pandang memandanglah yang menambat rasa cinta mereka. Rasulullah saw bersa...