Skip to main content

Posts

Mandi bersama isteri

Number of View: 0 Mandi bersama isteri Dari Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut).” (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

Meminta isteri meminyaki badan

Number of View: 0 Meminta isteri meminyaki badan Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w. pada hari Raya ‘Aidil Adha’ setelah beliau melakukan jumrah aqabah.” (Hadis Riwayat Ibnu ‘Asakir)

Memberi wangi-wangian pada aurat

Number of View: 0 Memberi wangi-wangian pada aurat Aisyah berkata, “sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Tidur dalam satu selimut bersama isteri

Number of View: 0 Tidur dalam satu selimut bersama isteri Dari Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?” Jawab Aisyah, “kerana saya haid, wahai Rasulullah.” Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku.” Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau.” (Hadis Riwayat Sa’id bin Manshur)

Disikatkan oleh isteri

Number of View: 0 Disikatkan oleh isteri Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid.” (Hadis Riwayat Ahmad) Minum bergantian pada tempat yang sama Daripada Aisyah r.a., dia berkata: “Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya. ” (Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)

Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah

Number of View: 0 Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah …….. Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah “handsome kah aku?”, “adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger?” dan seumpanya. Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin : … 1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah? 2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudup aku? 3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku? 4. Selama ini adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah? 5. Ikhlaskah aku dalam beramal? 6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku? 7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya? 8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku? 9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya? 10. Adakah solat malam menjadi kebiasaan aku? 11. Adakah aku bertawakkal kepada Allah atau aku kerap mengeluh? 12. Adakah aku k...

Mencium isteri

Number of View: 0 Mencium isteri Dari Aisyah r.a, “bahawa Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya.” (Hadis Riwayat Abdurrazaq) Dari Hafshah, puteri Umar r.a., “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.” (Hadis Riwayat Ahmad).