Skip to main content

Posts

Rahsia dari Tarikh Lahir

Number of View: 0 TARIKH LAHIR Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1 Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2 Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3 Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4 Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5 Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6 Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7 Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8 Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9 no.1 —- Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang ...

Fakta kesuburan wanita

Number of View: 0 SAYA sudah mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun. Ketika berkahwin, umur saya agak lewat dan kini umur saya 43 tahun manakala suami 10 tahun lebih muda daripada saya. Suami saya mempunyai zuriat dengan bekas isterinya dulu. Kami sudah membuat pemeriksaan pada usia perkahwinan kami dua tahun. Doktor pakar memaklumkan, kami berdua sihat dan saya tiada masalah untuk hamil. Saya agak sukar mengetahui waktu subur kerana kitaran haid saya tidak menentu setiap bulan. Saya memang teringin untuk memiliki zuriat sendiri. Baru-baru ini, saya didapati menghidap diabetes yang agak serius. Kini saya masih menerima rawatan daripada doktor. Persoalannya, dalam usia yang agak lewat, kitaran haid yang tidak menentu dan keadaan kesihatan tidak memuaskan, adakah saya boleh hamil dalam masa terdekat? Sekiranya hamil, adakah kehamilan itu boleh menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan dan kesihatan saya sendiri? SITI BAH, Puchong, Selangor. BUKAN saja usia anda, penyakit diabetes yan...

Keluar darah bila bersama

Number of View: 0 SAYA sudah berkahwin hampir tiga tahun dan masih belum mempunyai zuriat sendiri. Masalahnya, setiap kali bersama suami, pasti ada darah yang akan keluar daripada alat sulit saya dan haid saya pula tidak teratur. Untuk makluman doktor, saya tidak pernah membuat pemeriksaan kesihatan kerana saya sangat takut jika saya menghadapi sebarang masalah kesihatan. Apakah nasihat doktor dalam hal ini? NOOR, Negeri Sembilan ANDA disarankan berjumpa doktor sakit puan. Bukan saja masalah kesuburan anda dapat diperiksa dan dirawat, malah masalah pendarahan selepas hubungan seks juga penting diselidiki. Pemeriksaan dalaman lazimnya tidak menyakitkan, ujian Pap Smear juga mudah dan mengambil masa singkat saja. Jika diberi pilihan, lebih elok sekiranya kita takut penyakit menjadi lebih teruk akibat lewat mendapatkan pemeriksaan atau rawatan. Semakin lama anda menunggu, usia semakin bertambah dan ini menyukarkan peluang seseorang wanita untuk hamil.

Suntikan cegah kehamilan ada kesan sampingan

Number of View: 0 PADA 9 Februari 2010, saya melahirkan anak pertama dan tanpa mengambil sebarang kaedah perancang keluarga, saya hamil lagi. Lalu pada 29 April 2011, saya melahirkan anak kedua. Pada 13 Ogos lalu pula, saya cuba merancang dengan mengambil suntikan tiga bulan sekali di klinik swasta, atas desakan rakan dan ibu mentua supaya menjarakkan kehamilan. Pada masa menerima suntikan, saya sudah habis haid iaitu pada hari kelapan. Pada 1 September lalu, saya haid tanpa henti sehingga pertengahan bulan September, kemudian ia berhenti selama lapan hari dan keluar darah semula sehingga Oktober tanpa henti. Saya bimbang mengenai perkara ini sedangkan selama ini sewaktu sebelum berkahwin sehingga lahir anak kedua, haid saya normal setiap bulan iaitu antara lima hingga tujuh hari. Doktor memberikan saya pil untuk menambah darah, Ponston serta pil darah beku. Saya makan pil sehingga habis, tetapi pendarahan belum berhenti. Saya pergi sekali lagi ke klinik dan doktor memberikan saya pil ...

Rahsia Wanita yang perlu lelaki ketahui

Number of View: 0 Wanita sukakan lelaki bagaimana? Idaman lelaki yang bagaimana? Mari kita kaji dan selidik rahsia wanita? ini adalah rahsianya :- 1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 7. Jika kamu tidak suka de...

Lelaki 8G yang dibenci wanita

Number of View: 0 8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita : 1.Garang ( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh..macam ler dia betul semua, dsb) 2.Ganas (kaki pukul, ngan pompuan pun nak tunjuk kuat sebab pompuan bukan lawannyer) 3.Gementar (takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dsb) 4.Gabrah – tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat pompuan aje, dsb) 5.Gentleman tiada (langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri,ambik kesempatan,dsb) 6.Gerumal (bahasa kedah -bohong atau tipu) 7.Ganggo (keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat, macho sangat, dll) 8.Gatal (miang keladi ngan pompuan lain selain dengan bini)

Lelaki idaman wanita

Number of View: 0 ADAKAH ANDA MASIH BERSENDIRIAN DAN BELUM BERPUNYA? Atau masih tercari-cari pasangan yang sesuai dengan diri anda? Adakah kerana anda kurang tampan menyebabkan anda belum mempunyai teman wanita lagi. Anda tidak perlu menjadi lelaki yang tampan seperti Prince William untuk menjadi lelaki idaman wanita hari ini. Tips berikut mungkin dapat membantu anda untuk menjadikan diri anda sebagai lelaki idaman wanita. YAKIN DAN PERCAYA PADA DIRI SENDIRI – Kebanyakan wanita menyukai lelaki yang percaya pada diri sendiri. Ciri ini mungkin sebagai bonus kepada lelaki. Untuk itu anda boleh mencuba dengan berdiri di depan cermin dan katakan “Saya adalah seorang yang terbaik” ataupun anda boleh mengeluarkan kalimah-kalimah lain yang membuatkan anda tampil dengan penuh yakin. HUMOR – Anda jangan terlalu bersikap serius. Lelaki yang sentiasa bersikap serius ini membosankan. Luangkan masa dengan berkumpul dan berseronok di tepi pantai bersama kawan-kawan. EGO –...