Skip to main content

Posts

Punca keruntuhan Rumahtangga

Number of View: 0 Pada zaman sekarang terdapat banyak kes keretakan rumahtangga yang terpampang dimedia cetak dan elektronik. Pertambahan kes cerai-berai berpunca: Ketua keluarga Isteri Cepat kalah Kurang pendidikan seksual Terlalu Ghairah Gangguan luar Tidak menjaga kebersihan Tidak mencipta mood pasangan

Isteri cepat letih untuk bersama

Number of View: 0 ISTERI SELALU LETIH Soalan ISTERI saya guru dan berusia 38 tahun. Masalah saya adalah, beliau selalu kepenatan dan cepat tidur, biasanya sekitar jam 8.30 malam. Kami biasa melakukan hubungan seks dua kali seminggu. Apabila saya memerlukannya, saya terpaksa mengejutkan beliau dan saya berasa bosan serta tercabar. Adakah ubat di pasaran untuk mengelakkan beliau keletihan dan cepat tidur? DINIE Batu Pahat, Johor Jawapan Tidur mustahak untuk kelegaan tekanan yang dialami tubuh badan. Jika letih, tentu kita berasa lemah dan mengantuk. Jika kebetulan tidak cukup tidur, seseorang itu berasa lebih mengantuk. Namun, ada kemungkinan kelemahan itu berlaku akibat kurang sihat seperti tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Sehubungan itu, amalkan gaya hidup sihat seperti senaman berkala, makan makanan seimbang dan jaga berat badan ke peringkat unggul, tidak obesiti dan tidak kurus serta jauhi tekanan atau urus tekanan dengan bijak. Semua itu dapat membantu meningkatkan daya fungsi ba...

Risiko Payudara besar

Number of View: 0 RISIKO PAYUDARA BESAR JIKA saiz dan bentuk zakar penting untuk lelaki, wanita tidak terkecuali untuk mengambil berat saiz payu dara mereka. Sebenarnya, saiz dan bentuk payu dara wanita tertakluk kepada keturunan dan baka. Jarang ada wanita mengalami masalah payu dara ‘Glandular Hyperplasia’, iaitu pepundi susu mengembang dan membesar, sekali gus mengakibatkan payu dara membesar secara luar biasa. Wanita yang mengalami masalah ini sukar mencari baju dalam atau ‘bra’ sesuai. Keadaan payu dara yang besar juga menyakitkan dada kerana memikul beban berat. Kajian terbaru menunjukkan payu dara besar berisiko tinggi mendapat kanser. Tiada kaedah membesarkan payu dara tanpa membabitkan pembedahan. Ia dikenali ‘Breast Augmentation’ atau pembedahan pembesaran payu dara. Kaedah penggunaan krim dan herba belum ada bukti kukuh keberkesanannya. Satu ketika dulu di Thailand, wujud herba dikenali ‘Pueriaria Mirifica’ yang kononnya membantu memantapkan payu dara dan kini herba itu dala...

Suami jarang berkomunikasi punca hubungan kelamin hambar

Number of View: 0 SUAMI JARANG BERKOMUNIKASI Soalan SAYA baru memasuki tahun ketiga berumahtangga dan sekarang mempunyai seorang cahaya mata perempuan. Masalah saya dan suami ialah, kami jarang berkomunikasi dan saya rasa itu antara punca hubungan seksual kami hambar. Saya jenis yang suka berbual, manakala suami pendiam dan tidak suka ditanya sama ada hal kerja atau seharian. Saya mula berasa kenapa saya mesti layan ‘kehendak’ dia, sedangkan dia tidak melayan saya berbual. Dia juga tidak faham ketidakselesaan saya ketika ‘bersama’ kerana dia tidak mahu berbincang mengenainya. Sekarang dia sering merungut untuk tidak mempedulikan saya jika saya tidak mahu ‘melayannya’. Macam mana saya hendak melayan jika dia hanya tahu berseronok tanpa mempedulikan kehendak saya? IBU AZI Klang, Selangor Jawapan Saya pasti puan dan suami menjalani kursus praperkahwinan yang mandatori itu. Mungkin puan dan suami perlu mengimbas semula setakat mana maklumat serta tunjuk a...

Hubungan kelamin vs Demam Selesema

Number of View: 0 Hubungan Seks vs Demam Selesema Seks bukan sahaja bermanfaat kepada kesihatan fizikal suami isteri tetapi lebih penting dari itu, ia menjadi mimpi ngeri kepada beberapa jenis penyakit. Melakukan hubungan seks dapat membina sistem pertahanan badan manusia yang kuat, membolehkan tubuh seseorang menyerang serta membunuh penyakit-penyakit seperti demam selesema. Saintis dari Switzerland, Manfred Schedlovski mendapati, jumlah fagosit meningkat dengan ketara semasa melakukan hubungan kelamin. Malah, ia melonjak sekali ganda apabila pasangan mencapai orgasma. Fagosit merupakan sel-sel di dalam mekanisme pertahanan tubuh atau sistem imun yang berupaya menelan dan mencerna bakteria, protozoa, sel-sel dan puing sel serta kumin-kumin lain. Schedlovski tidak bersendirian di dalam penemuan ini. Hasil kajiannya disokong oleh seorang pakar imun dari Amerika Syarikat, Peter Schleicher: “Seks bukan sekadar memulihkan organisma tubuh badan kita tetapi turut mengekalkan sistem imunnya.”...

Sukar dapat anak kedua selepas guna perancang keluarga

Number of View: 0 SUKAR DAPAT ANAK KEDUA Soalan SAYA mempunyai seorang anak yang lahir pada tahun pertama perkahwinan saya. Selepas itu, saya dan isteri merancang keluarga menggunakan kondom. Pada tahun keempat, kami bercadang mendapatkan seorang lagi cahaya mata. Namun, setelah setahun setengah mencuba kami masih gagal. Buat pengetahuan doktor, aktiviti seks kami tiada masalah dan berjalan seperti biasa. Kami sudah berjumpa doktor dan diberitahu isteri saya sihat (mengalami ovulasi) tetapi masalah adalah di pihak saya. Doktor mengatakan jumlah sperma saya tidak cukup dan saya diberi pil herba Tribestan keluaran Sopharma untuk meningkatkan bilangan ‘Motility Spermatozoa’. Untuk melihat kesannya, saya dinasihatkan memakan pil itu dua hari sekali selama enam bulan. Soalan saya ialah, apa menyebabkan jumlah Motility Spermatozoa saya tidak cukup dan apakah cara lain yang lebih berkesan untuk saya mendapatkan anak? Selain itu, apakah kesan pengambilan pil ini? ADAN Kepong Jawapan ZURIAT ial...

Risiko zuriat kahwin sepupu

Number of View: 0 RISIKO ZURIAT PASANGAN SEPUPU Soalan SAYA ingin mendapat penjelasan daripada pandangan perubatan moden apakah implikasi terhadap zuriat yang bakal dilahirkan nanti bagi mereka yang berkahwin dengan sepupu, terutama sepupu rapat. Benarkah anak yang bakal dilahirkan nanti akan mengalami kecacatan, kurang cerdik, berpenyakit turun temurun atau seumpamanya? Saya berharap doktordapat memberikan penjelasan terperinci. EUSOFF Subang Jaya Jawapan PERKAHWINAN antara sepupu dihebohkan bakal melahirkan zuriat yang kurang mantap, termasuk kemungkinan terencat. Mengikut kajian yang pernah dijalankan beberapa pakar kebakaan atau geneticist ke atas perkahwinan antara sepupu, didapati risiko mendapat anak terencat ialah 4-6 peratus lebih kurang sama dengan anggaran keterencatan janin yang dihasilkan wanita berusia 40 tahun ke atas. Ini menunjukkan risiko kahwin dengan sepupu dan mendapat anak terencat tidak begitu serius dan mungkin disalah tafsirkan banyak pihak. Nenek moyang kita m...