Skip to main content

Posts

Baru kahwin tetapi tidak mengadakan hubungan kelamin

Number of View: 0 SAYA menerima pelbagai keluhan daripada pesakit mengenai pasangan mereka. Antara soalan yang sering diajukan ialah “adakah normal bagi suami tidak mengadakan hubungan kelamin dengan pasangan untuk tempoh panjang sedangkan mereka baru berkahwin?” Soalan ini sebenarnya agak sukar untuk saya jawab bagi pihak suami yang dipertikaikan. Bagi saya, hubungan kelamin adalah satu keseronokan yang tiada bandingan jika dilakukan dalam ikatan perkahwinan. Kalau begitu, hubungan kelamin pasangan yang berkahwin sepatutnya memang benar-benar menyeronokkan dan tentu mereka tidak melepaskan peluang bersanggama tidak kira siang atau malam! Begitupun, perkara ini tidak berlaku pada sejumlah pasangan, sama ada suami kurang minat atau isteri sengaja mengelak persetubuhan. Lelaki yang pernah menceburi dunia fantasi kelaminual dan menghayati keseronokan kelaminual secara bersendirian akan sukar menikmati keseronokan itu bersama pasangan. Ini kerana keseronokan yang dihayati selama ini datang...

Makan supplement untuk jaga penampilan dan keintiman

Number of View: 0 AMBIL MAKANAN TAMBAHAN JAGA PENAMPILAN UNGKAPAN kehidupan bermula pada usia 40 tahun begitu sinonim dengan lelaki, namun bagi wanita pula usia itu dianggap permulaan kepada detik sukar, termasuk diketepikan suami daripada aspek seksual dan kemungkinan juga hidup bermadu. Perlu diingatkan, hubungan seks adalah keperluan naluri dan batin manusia selain pada masa sama mengeratkan hubungan silaturahim antara pasangan. Pasangan muda berkemampuan menikmatinya kerana tahap kecergasan dan kesihatan mereka yang optimum berikutan hubungan seks memerlukan daya tenaga dan kesihatan yang baik. Peningkatan usia tidak bermakna pasangan itu tidak lagi dapat mengecapi kehidupan seksual menarik dan membahagiakan. Namun, ia tidak mungkin berlaku jika pasangan berkenaan tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga kesihatan. Bagi seseorang wanita, peningkatan usia tidak bermakna mereka tidak dapat menggembirakan suami, manakala bagi lelaki pula bukan hanya wanita muda dapat memuaskan m...

Belum dapat anak setelah kahwin empat tahun

Number of View: 0 BELUM DAPAT ANAK Soalan SAYA mendirikan rumah tangga empat tahun lalu. Sehingga kini saya belum ada zuriat. Bentuk fizikal saya besar, tetapi suami normal. Saya membuat pemeriksaan dengan klinik kesihatan dan doktor mengesahkan saya normal. Cuma haid saya tidak teratur. Sejak saya pendarahan selepas makan ubat hormon dan memakan ubat untuk menghentikan pendarahan itu, haid terus tidak keluar hampir tiga bulan. Saya hampir mengambil anak angkat, tetapi risau berikutan ayah saya tidak bersetuju. Apa patut saya lakukan doktor? Adakah teknik hubungan kelamin saya tidak betul? FAZLIN Putrajaya Jawapan Bagi mana-mana pasangan berkahwin dan inginkan cahaya mata, mereka perlu merancang untuk mendapatnya dan jika tiada tanda kehamilan dalam setahun atau sekurang-kurangnya enam bulan (bagi wanita berusia melebihi 30 tahun), mereka berdua perlu berjumpa doktor untuk mendapat nasihat, bimbingan dan rawatan sewajarnya. Mungkin untuk permulaan mereka boleh jumpa doktor keluarga. Bi...

Soal DARA tidak penting

Number of View: 0 SOAL ‘DARA’ TIDAK PENTING BANYAK soalan diterima daripada lelaki yang ingin tahu ‘rahsia’ sama ada wanita yang bakal dikahwininya masih dara atau tidak. Ada yang berazam meninggalkan kekasih mereka jika tiada dara, dengan ada yang menggelar mereka ‘wanita kotor’. Saya berasa perlu mengingatkan golongan ini yang perkahwinan adalah tuntutan dan sebahagian daripada agama. Ia bukan sekadar soal dara atau tidak. Perkahwinan jauh melangkaui perkara itu. Ia proses menambah zuriat di muka bumi dan ini memerlukan satu ikatan sejati, penuh tanggungjawab dan bukan sekadar mencuba dan mencari jalan keluar apabila keadaan menjadi keruh. Saya mengambil contoh satu soalan di mana seorang jejaka mendakwa kononnya dia berdepan dilema berat apabila wanita yang bakal dikahwininya mengaku tiada dara. Mengikut jejaka itu, bakal isterinya mendakwa dirogol bekas teman lelakinya kira-kira empat tahun lalu, sekali gus menghadirkan kesan psikologi teruk. “Sekarang hubungan kami reng...

A dan B pasal Nikah dan Jodoh

Number of View: 0 A : Awak nak nikah x ? B : Insyaallah nak lah, Kan sunnah Rasulullah A : Dah ada calon? B : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH A : Siapa dia? B : Insyaallah dia adalah perempuan pilihan ALLAH A : Kenapa nak nikah dgn dia ? B : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH A : Bagaimana nanti nak jumpa ? B : Yakin lah, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, Percaya je dgn ALLAH A : Laa, bila nak nikahnya ? B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik A : Jadi kat mana jumpanya ? B : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH A : Jadi ? B : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk menggapai redha-Nya je, insyaAllah beres….♥…

Sekadar Nasihat

Number of View: 0 Berikut adalah beberapa kata nasihat yang baik yang boleh kita jadikan panduan. InsyaAllah, sama-samalah kita mendapat manfaat daripadanya 🙂 PERTAMA. Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan. KEDUA. Kahwinilah lelaki / wan ita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua. KETIGA. Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu KEEMPAT . Apabila kamu berkata, ” Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah. KELIMA. Pabila mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya. KEENAM. Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan. KETUJUH. Percayailah cinta pandang pertama. KELAPAN. Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa. KESEMBILAN. Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih say...

Merancang keluarga

Number of View: 0 TANGGUH DAPAT ANAK Amalan biasa pasangan keluarga, terutama di bandar “SAYA baru berumahtangga. Namun, kami merancang untuk tidak mempunyaianak bagi tempoh tiga tahun akan datang. Bukan kerana tidak suka, tetapi kamiingin menikmati kehidupan sebagai suami isteri sepuas-puasnya. “Apakah kaedah terbaik untuk mencegah kehamilan dengan tidak memakan pil pencegah? Dan untuk pengetahuan doktor, kami tidak suka memakai kondom sebab tidak mendatangkan kepuasan dan kenikmatan kepada kami.” Ini soalan lumrah yang saya terima. Fakta menunjukkan amalan merancang keluarga kini menjadi perkara biasa di kalangan pasangan lelaki dan wanita yang berumahtangga, terutama di bandar. Buat pengetahuan, tiada kaedah merancang keluarga yang boleh dikatakan ‘ideal’, dan tiada kaedah merancang yang 100 peratus berkesan. Namun, beberapa kaedah boleh dicadangkan kerana memberi kesan tinggi menghalang kehamilan, dengan SYARAT diamalkan dengan baik seperti kaedah mengambil pil hormon, selain sunti...