Number of View: 0 PRIHATIN NALURI ISTERI ADA suami yang hanya memikirkan kepuasan diri ketika menjalin hubungan intim. Natijahnya, si isteri kecewa sehingga beranggapan kepentingannya tidak dipedulikan. Bagi pasangan suami isteri, situasi seperti itu berisiko menghakis keharmonian rumah tangga. Justeru, penting bagi suami mengambil berat kepuasan isteri. Ia bukan sesuatu yang sukar kerana situasi itu boleh diubah jika suami tahu kemuncak syahwat atau klimaks isteri. Klimaks tercapai apabila anggota seksual itu mencapai kemuncak rangsangan. Pencapaian kemuncak berbeza untuk semua wanita dan untuk sebilangan wanita pula perasaan puas itu mencukupi untuk mereka. Ada wanita mencapai klimaks dengan sentuhan intim saja dan belum sempat suami melakukan persetubuhan penetratif. Ada yang mencapai klimaks dengan sentuhan kepada klitoris atau dengan sentuhan intim menggunakan jari atau lidah. Ada juga yang mencapai kemuncak dengan menggesel lelangit faraj atau ‘G-Spot’ (tiga sentimeter dari pembu...