Number of View: 0 SAYA berkahwin tidak sampai dua minggu. Saya juga baru habis datang bulan seminggu lalu. Begitupun, baru-baru ini selepas selesai bersama suami, saya mendapati ada sedikit darah bercampur air mani suami. Namun, saya tidak pasti sama ada darah itu datang daripada air mani suami atau faraj saya. Saya juga tertanya-tanya adakah ia antara simptom fibroid atau kanser serviks. ANNA Selangor Pada peringkat awal persetubuhan, geselan anggota kelamin suami dilakukan kepada pembukaan faraj dan faraj yang belum pernah menjalani proses tusukan akan mengalami ‘trauma’ ringan. Tidak hairan jika selepas selesai mengadakan hubungan seks, cecair yang keluar daripada faraj ialah air mani suami dan cecair faraj akan kelihatan bercampur darah. Jika kulit lapisan pembukaan faraj terluka atau melecet, cecair daripada faraj kelihatan sedikit kemerahan akibat kandungan sedikit darah di dalamnya. Situasi ini akan berkurangan apabila masalah melecet reda dan perasaan pedih hilang. Jarang gesel...