Tuesday, November 8, 2016

40 kes lelaki yang tidak layak jadi suami

Number of View: 0

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia
tidak boleh bimbing saya soal agama

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

lelaki kacak3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri “benih” sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap ‘mahu’ walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan “maknyah”.

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia “maknyah” dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk “contoh” lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah… walaupun saya sedang sarat mengandung.

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata ‘takde duit’. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana ‘lemaknya’.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi ‘bersangkak’ .

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami ‘hilang’ itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena ‘serkup’ waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi “jaga”.. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat “gigitan cinta” perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda… sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam… mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata…

40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu ‘isteri’ sekarang ‘pengurus anak-anak’. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang ‘terhegeh-hegeh’ . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami

Number of View: 0

1. Bila si dia sibuk… … .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

14915551_132027080604038_858064760204894056_n2. Bila si dia ego… … . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik… … .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran… … .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat… … . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri… … … Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong… .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba… … . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang… .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul… … Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Warna Pilihan Lambang Peribadi Lelaki

Number of View: 0

 

warnaPutih
Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia symbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Lelaki yang gemarkan warna putih amat gemarkan kebersihan dan dia begitu menitikberatkan soal kekemasan diri. Anda yang sukakan warna bersih ini juga seorang yang cermat dalam pelbagai hal.

Merah
Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan kemarahan.

Merah Jambu
Ia adalah gabungan warna merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan kerana itu lelaki yang gemar warna ini, biasanya berjiwa lembut dan penuh kasih saying yakni romantis. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

Oren
Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia dianggap warna yang amat kuat dan pelik bagi sesetengah orang.

Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarikan intelektual dalam pelbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi sesetengah orang ia dianggap warna yang memaksa. Ada juga yang mengaitkan kuning dengan sifat pengecut.

Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri dalam semua keadaan.

Coklat
Ia tanda pengasih, dan mempunyai prospek masa depan. Lelaki yang gemarkan warna ini juga dikatakan seorang yang berjimat cermat ketika membelanjakan wangnya. Sehinggakan ada masanya, lelaki ini dikatakan berkira dan kedekut untuk mengeluarkan setiap wang ringgitnya. Jadi, tidak hairanlah jika mereka ini mempunyai simpanan yang banyak.

Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia dianggap warna alam. Warna hijau dikaitkan dengan cemburu. Lelaki yang gemarkan warna ini juga juga dikatakan tidak banyak bercakap.

Ungu
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP TEN RAHSIA LELAKI

Number of View: 0

TOP TEN RAHSIA LELAKI…

>1.Jika seorg lelaki meminati girl,girl itu xsemestinye perlu cantik.Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi,itulah sebenarnye yg lelaki cari dlm diri seorg girl.

>jantan2.Lelaki mudah menyukai girl yg mempunyai byk persamaan dgn mereka sama ada dari segi pemikiran,minat,dan sebagainye.Ia akan memudahkan komunikasi dan tidak berlaku perselisihan pendapat.

>3.Lelaki sebenarnye tidak mengetahui apa yg dirasakan oleh seorg girl.Sbb itulah,kadang2 mereka kelihatan bersikap endah tak endah saja.

>4.Majoriti lelaki akan resah bila berhadapan dgn situasi utk mengajak kuar first date.Konon nye malu dan takut girl menolak.Tapi yg sebenarnye hati berasa tidak tentu arah.

5.Bila lelaki cakap “emm..tgklaa dulu”..itu bermaksud jawapannye TIDAK atau KURANG SETUJU.So girls,klu sudah dgr “BUNYI” seperti itu,faham2 saja lah..jgn terlalu mengharap lelaki bersetuju ya!!

>6.Biasanye lelaki yg kelihatan tertekan atau kurang selesa dgn girl,datang daripada Boys’School,tetapi bkn semuanya.Bahkan klu sudah biase bergaul,mereka juga berbakat bergelar playboy!

>7.Biar betapa hebatpun seseorg lelaki itu mempunyai kawan2 girls yg ramai serta cantik2 belaka,die tetap mempunyai seorg saja teman istimewa dan semestinye antara ramai2 kawannye itu hanya ada seorg saja yg betul2 mencuri hatinye.

>8.Bila hubungan putus ditgh jln,lelaki tidak akan menunjukkan kesedihannye dihadapan org lain.Mereka perlu nampak macho sepanjang masa.Klu sedih2 bimbang akan dikutuk oleh teman2.

>9.Jika meminati seseorg lelaki,ada kalanya girl harus memberikan “hint”.Mana tau lelaki itu pun menaruh minat terhadap nye.Kadang2 lelaki ini tidak perasan,atau buat2 tidak perasan ade girl sukakan nye,sampailah ade org memberitahunya.

>10.Kebanyakkan lelaki cukup lemah dgn AIR MATA girl.Mereka akan lebih tewas jika air mata itu mengalir dari seorg girl yg mereka kasihi.Sbb itu air mata dikatakan senjata girl!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rahsia Tapak Tangan Lelaki

Number of View: 0

Gusar dengan sikap mahupun identiti diri si dia yang diketemu beberapa hari lalu? Atau masih mencari kebenaran dalam perhubungan yang baru terjalin? Itu antara masalah yang melanda segelintir kaum wanita hari ini.

Tidak perlu bersusah payah untuk mengorek rahsia dirinya dengan memaksa si dia berterus-terang dengan setiap tindakannya. Cuba amati rahsia telapak tangannya secara diam-diam.

tapaktanganMenurut pakar palmistry (membaca garis tangan) dan penulis buku Read His Hands, Know His Heart, Marion Gale, dengan hanya melihat telapak tangan lelaki, seseorang boleh mengetahui rahsia hati seorang lelaki.

“Jika ingin mengetahui karakter lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan serius, terokalah telapak tangan kanannya,” ujar Gale.

Earth hand

Sekiranya si dia mempunyai telapak tangan dengan bahagian tengahnya berbentuk bujur dengan ukuran jari-jemari yang pendek, ini membawa erti si dia tergolong dalam kumpulan earth hand.

Lelaki ini kebiasaannya bersifat konservatif. Ia juga mempunyai pemikiran yang tinggi dan kestabilan dalam hidup.

Jika kamu berjaya menemui lelaki earth hand di tengah-tengah kota metropolitan, kemungkinan besar mereka memiliki rumah yang besar dengan halaman yang cukup luas untuk menyalurkan hobinya dalam aktiviti berkebun. Dia juga seorang lelaki yang gemar memasak dan bijak menyediakan sesuatu hidangan.

Water hand

Telapak tangan berbentuk segi panjang, dengan saiz jarinya berukuran panjang. Lelaki ini tergolong sebagai lelaki yang baik hati, sabar dan gemar menelaah bahan-bahan bacaan.

Bahkan, dia amat cenderung dengan panggilan ulat buku. Lelaki water hand juga mempunyai keperibadian yang tenang.

Kamu lebih banyak menemui mereka di acara-acara kebudayaan daripada bersosial di kelab-kelab malam atau bar.

Air hand

Lelaki air hand memiliki telapak tangan berbentuk bujur tetapi dengan jari-jari tangan yang panjang. Lelaki jenis ini mudah mempelajari hal-hal yang baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti mengembara ke kota atau negara lain.

Disebabkan dia mempunyai hobi yang ekstrem, lelaki ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya.

Dia juga senang mendalami hobi baru. Hanya dengan sebuah perbualan yang bijak, lelaki ini mudah tertarik kepada kamu.

Fire hand

Lelaki dengan telapak tangan berbentuk segi panjang dengan jari-jari tangan pendek, kebiasaannya cepat berasa gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang lama.

Dia sangat menyukai perkara-perkara berbaur tentangan, sehingga tenaga lelakinya akan disalurkan.

Meskipun begitu, si fire hand ini sebenarnya berkeperibadian tingi dan seorang yang mudah bergaul. Tidak hairanlah, kerana dia mempunyai ramai teman yang begitu mengambil berat terhadapnya.

Sekiranya kamu tidak bersikap bossy terhadapnya, dia pasti akan ‘menenggelamkan’ dirinya dalam hubungan yang penuh keterujaan bersama kamu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penyakit-penyakit yang sering dihidapi oleh LELAKI

Number of View: 0

LAPORAN tahunan dari Hospital Universiti di Petaling Jaya mengenal pasti bahawa penyakit jantung mendahului senarai bilangan kematian setiap tahun berbanding penyakit-penyakit lain. Bilangan pesakit jantung semakin meningkat 5% dari tahun 1991 sehingga 1992. Selain dari penyakit jantung, terdapat enam penyakit lain yang sering mengancam lelaki dan menyebabkan kematian. Antaranya adalah barah, bush pinggang, tyroid dan kencing manis.

lelaki4Sesetengah penyakit serius ini boleh dirawat dan disembuhkan jika mendapat rawatan awal. Lelaki disarankan membuat pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun memandangkan terdapat penyakit yang tidak dapat dikesan,tanpa pemeriksaan doktor. Pengamalan hidup yang sihat membantu lelaki dari penyakit- penyakit bahaya. Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor untok kepastian.

PENYAKIT JANTUNG

Awas! Penyakit ini juga menjadi pembunuh nombor satu lelaki selain daripada kemalangan di jalan raya. Nisbah lelaki mengidap penyakit jantung berbanding perempuan ialah 5:1. Penyakit jantung lebih menyerang lelaki kerana tubuh wanita mengandungi sejenis hormon perlindungan yang disebut oestrogen. Hormon ini berFungsi mengekalkan saiz salur darah dalam keadaan normal. Walaupun demikian, wanita yang merokok dan mengalami sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit jantung seperti lelaki. Namun bagi perempuan yang tidak merokok dan tidak mengalami sebarang masalah kencing manis, peluang mendapat penyakit ini tipis berbanding lelaki.

PUNCA PENYAKIT

*Kencing manis dan darah tinggi

Kebanyakan pesakit yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi berpotensi mendapat penyakit jantung. Pengidap penyakit kencing manis sering mengalami kekurangan kandungan insulin di dalam badan. Akibatnya lemak di dalam badan sukar dihancurkan sewaktu metabolisma. Salur darah menjadi sempit dan mengurangkan bekalan darah ke jantung.

Tekanan darah tinggi pula menyebabkan jantung bekeria lebih teruk dan menjadikannya lebih besar. Akibatnya, bekalan oksigen ke jantung tidak mencukupi apabila saiz jantung membesar dan menyebabkan otot-otot jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.

*Keturunan

Faktor keturunan juga menjadi punca penyakit ini. Jika ibu atau ayah mengidap penyakit jantung, anak-anak juga berisiko mengidap penyakit yang sama.

*Diet

Tabiat pemakanan amat mempengaruhi kesihatan jantung. Pengambilan lemak yang berlebihan menjadi punca utama menyebabkan saluran darah sempit dan menyukarkan bekalan darah ke jantung.

*Alkohol

Alkohol juga menjadi musuh kepada kesihatan jantung. Alkohol menyebabkan pertukaran lemak di dalam badan. Alkohol boleh memusnah lemak HDL (Hudensity Lipoprotein) di dalam badan. Lemak HDL adalah dari sayur-sayuran yang penting dan baik untuk kesihatan badan. Alkohol menyebakan lemak HDL bertukar menjadi LDL (Lowdensity Lipoprotein). Lemak LDL dikenali juga lemak kurang baik dan ia tidak diperlukan sangat.

*Merokok

Amalan merokok menyebabkan paru-paru yang bertugas membekalkan oksigen tidak dapat bertugas dengan baik dan boleh menjejaskan bekalan oksigen dalam badan. Apabila bekalan oksigen berkurangan, secara langsung ia menjejaskan kesihatan jantung.

*Tidak aktif

Senaman dan aktiviti luaran yang sihat perlu untuk jantung anda. Aktiviti senaman menyebabkan jantung bertugas dengan lebih aktif dan membakar lemak-lemak yang tidak diperlukan di dalam badan. Oleh yang demikian senaman seperti jogging, berenang dan lain-lainnya juga perlu untuk mengelakkan penyakit ini.

Tanda-tanda penyakit :

1. Selalu mengalami rasa kesakitan di bahagian dada
2. Sering berpeluh dengan banyak. Mereka berpeluh dengan cara yang tidak normal
3. Mereka juga sering merasa pening dan muntah-muntah

Cara mencegahnya:

1. Lakukan senaman dengan teratur
2.Sekiranya ada darah tinggi atau kencing manis, dapatkan rawatan segera.
3. Bagi peminum dan perokok, hentikan tabiat buruk ini secepat mungkin
4. Jangan lali mengadakan pemeriksaan doktor setiap tahun.
5. Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, usahakanlah untuk mengurangkan berat badan.

Sekiranya mahu mengurangkan berat badan, lakukan dengan wajar. Lakukan senaman dan kurangkan pengambilan makanan terutama makanan berlemak. Jangan sesekali menggunakan pil atau sebarang ubat untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana sebarang pil kurus ada kesan sampingan yang kurang baik untuk tubuh badan anda.

BARAH

Nisbah penyakit barah yang dihidapi oleh lelaki termasuklah barah paru-paru, barah darah (leukemia) dan barah tekak.

PUNCA PENYAKIT

Punca utama barah paru-paru ialah merokok dan pendedahan kepada debu yang mengandungi silika dan karbon dioksida termasuklah asap-asap kenderaan dan asap kilang.

Manakala punca bagi penyakit barah darah masih tidak diketahui punca-puncanya. Penyakit barah tekak pula cuma menyerang di kalangan bangsa Cina. Ia disebabkan oleh keturunan dan virus.

Tanda-tanda penyakit Barah Paru-paru

* Batuk yang tidak putus-putus
* Batuk yang disertai darah
* Berat badan yang menurun dan badan yang menjadi kurus

Hentikan tabiat merokok. Ikutilah etika kehidupan yang sihat. Gunakan pelindung untuk menghindari dan mengelakkan diri dari tersedut udara yang mengandungi silika dan karbon dioksida.

Pengidap penyakit ini masih boleh dirawat lebih awal. Apabila usia sudah mencecah 40 tahun, ada baiknya sering berjumpa doktor. Jika berlaku sebarang pendarahan, segeralah berjumpa doktor.

Rawatannya

Rawatan awal dibuat melalui pemeriksaan X-ray. Sekiranya penyakit ini lewat di rawat, peluang untuk sembuh adalah tipis.

Tanda-tanda penyakit Barah Darah:

* Demam yang berulang-ulang
* Seringkali berlaku pendarahan
* Darah keluar dari liang-liang bulu roma, hidung dan telinga.
* Kulit mudah menjadi lebam dan senang membengkak

Tanda-tanda penyakit Barah Tekok

* Hidung sering berdarah
* Keupayaan pendengaran berkurangan
* Leher menjadi bengkak.

Penyakit ini tidak dapat dirawat sehingga sembuh. la hanya boleh dikawal sahaja.

Rawatannya

Ada beberapa jenis leukimia boleh disembuhkan ngan ubat dan rawatan doktor. Ada juga jenis leukin yang tidak dapat disembuhkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengenal Lelaki Melalui Ciumannya

Number of View: 0

Mata tertutup.
Seorang lelaki yang terdorong oleh fantasi bila dia mencium .Dia adalah lelaki romantik dan mudah menjadio mesra dalam perhubungan .

lelaki2Mata terbuka .
Dia berhati hati dalam meluahkan emosinya .Dia adalah lelaki yang mempunyai kecenderungan untuk mengongkong sesuatu perhubungan .

Mencium dengan kuat.
Lelaki ini cuba menutup kelemahanya dengan mendominasi atau menggongkong apa yang anda lakukan

Mencumbu lidah.
Cubuan lidah mengiringi kegahiarahan yang tinggi .lelaki ini cenderung untuk menggongkong anda apabila menusuk lidahnya ke arah kerongkong anda .Jika dia membenarkan anda memasukan lidah kedalam mulutnya ,dia adalah lelaki yang boleh berlebihan kurang dengan anda

Membelai sambil mencium.
Dia lelaki yang tahu bahwa kuasa seksual sebenar ialah melaui kelembutan dan kehalusan . Dia adalah menyabar dan peka terhadap kemahuan anda ,dan dapat menawarkan apa yang anda sukai .dia dianggap matang dari segi seks dan juga emosi .
Mengenal lelaki semasa istima
Apa yang suka di lakukan oleh lelaki sebelum melakukan jima menggambarkan bukan sahaja kebolehanya sebagai seorang kekasih tetapi juga aspek aspek lain dari pesonalinya sebagai lelaki.

Mengurut badan anda.
Dia adalah lelaki yang sabar dan dia mengambil berat terhadap anda .Dia mudah faham masalah anda dan akan membantu anda ketika anda bermasalah .

Mencumbu dan membelai .
Dia mungkin lelaki yang bijaksana ,dan teliti mengetahui rangsangan yang perlahan dan memberahikan bermula dari bahagain atas membawa ke bahgian bawah mencumbu dengan mendakap leher adalah keadah tradisional kerja merangsang ke arah seks , ia adalah jalan yang baik untuk mencapai kemesraan dan keghairahan .Lelaki yang suka mendakap leher dan membelai anda adalah lelaki yang kuat sentimennnya dan boleh menyebabkan anda tenggelam ke laut kenikmatan

Berkongsi angan-angan.
Untuk menuju kepada jima yang bersungguh sungguh , berkongsi fantasi adalah jalan yang baik .Biasanya walaupun pasangan itu amat mesra ,belum tentu mereka boleh berkongsi rahsia rahsia dalaman .jika dia lelaki yang sanggup meluahkan fantasi, dia juga sanggup meluahkan kenyaataan hidup dari aspek yang lain .berkongsi pengalaman adalah juga wasitah yang baik bagi mempereratkan hubungan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

40 kes lelaki yang tidak layak jadi suami

Number of View: 0 1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak ...