Adakah akan terjadi kehamilan sekiranya saya menggosok permukaan faraj pasangan menggunakan jari yang berkemungkinan terdapat air mani?
Zuhaili Muar, Johor
What lies beneath this Asian Adonis @gazzbgc
Air yang keluar dari faraj atau air mani yang keluar dari zakar lelaki akan bercampur aduk dan membolehkan sperma berkeliaran masuk ke faraj apabila ia bertemu.
Ini kerana, selagi ada punca air, selagi itu sperma itu mampu bergerak. Jadi, tidak hairan jika wanita yang masih dara boleh hamil jika air mani pasangan lelaki hanya dipancut di luar permukaan faraj kerana sperma ini mampu berenang selagi wujud bendalir biarpun sedikit.
Sama juga situasi apabila air mani yang dirembeskan ke dalam mulut seseorang.
Jika air mani bercampur air liur itu diletakkan di permukaan faraj, maka ia boleh menyebabkan kehamilan walaupun seseorang itu masih dara.
Berdasarkan senario ini, jika jari anda terdapat air mani, adalah tidak mustahil pasangan anda untuk hamil.
Saya berkahwin dua bulan namun masih dara. Pada malam pertama, suami ingin melakukan hubungan kelamin tetapi kemaluannya tidak naik dan lembik sehingga sekarang.
Ia berlaku setiap kali kami ingin bersetubuh dan keadaan ini mengecewakan saya. Untuk pengetahuan doktor, sebelum berkahwin, suami saya kuat onani. Adakah kemaluannya bermasalah disebabkan selalu onani? Adakah kemungkinan perbuatan itu penyebab mati pucuk?
MELISSA Batu Pahat, Johor
Cerita anda sangat menyedihkan. Dalam keadaan sebegitu, memang anda rasa serba salah dan tak tahu nak buat apa. Suami terangsang tapi anggota kelaminnya tidak tegang.
Jika dipegang rasa pejal dan kelihatan membesar tapi tak sekeras seperti diinginkan. Jika cuba melakukan tusukan, anggota kelamin akan membengkok dan hujungnya tersempal ke bahagian antara dua bibir anggota kelamin anda.
Memang dia mengalami ‘mati pucuk’, ibarat pucuk yang lembut tak menjadi dahan yang keras. Dalam erti kata lain, zakarnya tak mengeras secukupnya untuk melakukan penetrasi faraj.
Ini ada kaitan dengan kelemahan otot kemut dan pelancaran darah ke dalam liang otot zakarnya yang membuatkan ereksi tak berdaya. Jika situasi ini berlaku kepadanya pada malam pertama, ia dikenali sebagai mati pucuk malam pertama.
Dia perlu jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan sewajar. Jika tak dapat menyelesaikan masalahnya, doktor itu akan merujuk kes kepada pakar.
Perlu diketahui masalah mati pucuk ada penawar yang berkesan. Elak mengambil ubat kuat, kopi atau bahan makanan yang biasa dikaitkan dengan kemampuan menguatkan syahwat lelaki.
Penting bagi seorang lelaki mengetahui ‘titik’ yang mampu membangkitkan keghairahan wanita bagi mengelak kerap ‘tewas’ ketika berasmara, seterusnya menimbulkan masalah dalam rumah tangga.
Perlu diingat, wanita juga ada naluri, nafsu syahwat dan perasaan ghairah. Apabila dalam keadaan ghairah dan sedia melakukan hubungan seks, anggota seksualnya terangsang.
Relaxed, contemplative and absolutely sexy @eddyegg
Pada masa ini, banyak darah masuk ke saluran anggota sulitnya, sekali gus membuatkannya bergelora dan sedia menerima kemasukan alat kelamin pasangan.
Jika dalam keadaan sedia dan mendapat rangsangan berterusan, dia mencapai kemuncak rangsangan iaitu orgasma. Ketika itu dia rasa terapung dalam suasana ghairah.
Seorang wanita boleh beberapa kali mencapai orgasma jika masih berhajatkannya sebelum berasa letih. Ketika mencapai ‘kemuncak’, kulit muka dan payu daranya kelihatan kemerah-merahan dan peluh menitis keluar, seterusnya masuk ke fasa resolusi atau kelegaan.
Kebanyakan wanita mudah mencapai kemuncak klitoris berbanding kemuncak faraj, terutama jika pasangan tidak mampu bertahan lama.
Kadangkala menggunakan jari atau mulut dapat mencetuskan kemuncak klitoris. Jika jari digunakan ke langit faraj iaitu antara tiga hingga empat sentimeter dari pembukaan faraj di bahagian dikenali sebagai ‘G-Spot’, kemuncak faraj boleh berlaku.
Apabila kenal pasti proses kemuncaknya, mudah bagi wanita menghayatinya pada masa lain. Pada masa sama, dia perlu memainkan fungsi mencapai kemuncak dengan memberi panduan kepada pasangannya mengenai tempat dan cara dia mahu anggota seksualnya dirangsang.
Ini penting jika pasangan cepat klimaks. Dia boleh mencadangkan pasangan merangsangnya dulu dan ketika dia sampai ke ‘pintu’ kemuncak, seks penetratif dilakukan.
Posisi tertentu memberi kemuncak lebih mudah, terutama jika wanita di atas. Dalam posisi itu dia melakukan dayungan dan gerakan itu mudah mencetuskan kemuncak.