Sunday, January 31, 2016

Tafsiran personaliti dan potensi diri melalui tarikh lahir

Number of View: 0

Tafsiran personaliti dan potensi diri melalui tarikh lahir ini adalah dibuat berdasarkan kepada ilmu Sains Metafizik dan pengiraannya agak tepat. Walau bagaimanapon, ianya TIDAK SESUAI dijadikan sebagai suatu pegangan / kepercayaan hidup untuk digunakan bagi meramal masa depan anda.

Water ripples through the chiseled tanned body of Singaporean @rene_mayoHARUS DIINGATKAN bahawa membuat tilikan nasib adalah sesuatu yang HARAM dari sudut Syarak. Hanya Allah yang maha mengetahui setiap perkara di langit dan di bumi.

Walaubagaimanapun, kaedah ini adalah satu usaha (ikhtiar) dalam mengenali diri ke arah menjadikan diri kita makhlukNYA yang lebih baik.

Jika tafsiran ini secara kebetulan :

– BETUL menyatakan sesuatu yang POSITIF tentang diri anda, janganlah riak, SEBALIKNYA mantapkan/gilaplah lagi.

– BETUL menyatakan sesuatu yang NEGATIF tentang diri anda pula, janganlah berasa kecewa SEBALIKNYA hindari/perbaikilah.

– SALAH menyatakan sesuatu yang POSITIF tentang diri anda, maka adalah BAIK JUGA jika anda berusaha bersungguh-sungguh memilikinya.

– SALAH menyatakan sesuatu yang NEGATIF tentang diri anda, maka adalah BAIK JUGA jika anda berusaha bersungguh-sungguh menghindarinya.

Maksud Al-Quran : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri Surah Ar-Ra’d (ayat 11)”

90% manusia susah nak ubah apa yang ada dalam kiraan ini kecuali kalau mereka betul-betul berusaha. Maka manusia yang cuba mengenali dirinya adalah lebih baik daripada sebaliknya.

Dengan mengenali potensi diri, anda mempunyai peluang lebih tinggi menjadi lebih baik dan seterusnya menjadi HEBAT dan bersedia sepenuhnya untuk menggapai dan mengecapi KEJAYAAN.

InsyaAllah.

TARIKH LAHIR kita menerangkan :

1. Siapa kita,
2. Apakah kelebihan kita dan
3. Apakah kebolehan kita.

Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.

Untuk mengetahui NOMBOR LAHIR kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal

Contoh 1 :
————–
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1

(Jadi NOMBOR LAHIR anda ialah 1 – KETULENAN)

Contoh 2:
————-
30 Oktober 1964
30 + 10 + 1964 = 2004
2 + 0 + 0 + 4 = 6

Jadi NOMBOR LAHIR anda ialah 6 (ROMANTIK)

Gunakan kiraan ini untuk kenali Rahsia Potensi Diri kita dan orang-orang disekeliling kita.

Maksud NOMBOR LAHIR adalah seperti berikut:

1 – KETULENAN / KETUANAN ( Elemen Besi )

– Berfikiran positif
– Hadir dengan idea baru.
– Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
– Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
– Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
– Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
– Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.
– Berfikirlah secara terbuka.

2 – PENDAMAI – Kelebihan pada Suara ( Elemen Air )

– Dilahirkan sebagai diplomat.
– Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
– Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
– Mereka tidak suka bersendirian dan amat senang untuk bekerjasama.
– Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;
tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
– Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
– Sukar membuat keputusan apabila ada diberi pilihan.

3 – CERIA – Komuniti ( Elemen Api )

– Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
– Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
– Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
– Mereka sangat popular dan idealistik.
– Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
– Mereka mempunyai keinginan yang kuat.

4 – KONSERVATIF – Perancang ( Elemen Kayu )

– Golongan ini sangat peka dan tradisional.
– Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin serta bertanggungjawap.
– Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
– Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
– Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
– Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
– Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5 – PERINTIS – Peluang ( Elemen Tanah )

– Mereka adalah perintis, pandai amik / cipta peluang.
– Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
– Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
– Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
– Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
– Mereka “impulsif” – boleh buat kerja ‘last minit’
– Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6- ROMANTIK – Rezeki ( Elemen Besi )

– Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
– Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. (suka duduk rumah)
– Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
– Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
– Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
– Mereka suka seni musik.
– Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
– Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7  INTELEKTUAL – Pengaruh ( Elemen Air )

– Golongan ini adalah Pencari.
– Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. (pendendam)
– Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
– Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
– Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
– Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
– Mereka sangat suka berahsia.
– Mereka ada ‘Dejavu’ dan ada ‘instint’ yang kuat.
– Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8 – PENYELESAIAN – Tindakan ( Elemen Api )

– Golongan ini adalah penyelesaian masalah, baik hati & suka kebajikan.
– Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
– Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
– Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
– Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
– Mereka boleh menerima tekanan & memberi tekanan kpd orang lain.
– Mereka merupakan golongan istimewa; mempunyai Deria ke 6
– Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9 – PELAKON – Berfikiran Besar / Kejayaan ( Elemen Kayu )

– Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
– Mereka sangat penyayang dan pemurah.
– Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
– Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
– Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
– Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
– Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Semoga dengan perkongsian ini akan mudahkan anda mengenali Potensi Diri yang sebenar dan seterusnya memperbaiki kekurangan yang ada serta mengilap Bakat / Potensi / Kehebatan diri anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 23, 2016

4 rahsia yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu isterinya berkaitan seks

Number of View: 0

4 rahsia yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu isterinya berkaitan seks.

Lelaki mempunyai rahsia-rahsia seks yang amat sukar untuk diluahkan pada wanita tetapi mereka berharap agar wanita mengetahui rahsia-rahsia tersebut. Apabila lelaki mendakap atau mencium isterinya itu tidak bererti bahawa lelaki itu mahu melakukan seks, itu adalah tanda sayang. Secara Umumnya terdapat 4 rahsia yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu isterinya berkaitan seks.

cara41. Lelaki Bukanlah Hanya mahu Jimak
Kadangkala apa yang lelaki mahu hanyalah dakapan, ciuman dan perbualan. Lelaki faham bahawa kemesraan fizikal tidak berakhir dengan jima’ adalah bahagian yang penting dalam hubungan mesra suami isteri. Ada pula lelaki mahu rasa dipentingkan oleh pasangannya, melakukan jima’ semata-mata tidak cukup untuk sebilangan besar lelaki.

2. Cinta Kasih Faktor Penting Kegembiraan Seksual Lelaki
Berkongsi hidup dengan isteri yang benar-benar kenal dan cinta adalah dambaan lelaki. Dengan isteri seperti ini lelaki akan rasa selamat, diterima dan di cintai. Kadang-kadang lelaki juga seperti wanita, lebih tinggi penglibatan emosi mereka maka lebih tinggi kepuasan fizikal mereka.

3. Lelaki Juga Perlukan Istimta’
Wanita perlu tahu bahawa lelaki tidaklah sentiasa boleh bangkit ghairahnya bila saja melihat susuk tubuh isterinya. Lelaki juga perlukan wanita mencumbu rayu dirinya untuk membolehkannya benar-benar ghairah dan bersedia. Jika lelaki didapati lambat bangkit nafsu syahwatnya bila melihat isterinya, isteri mulalah risaukan kecantikan dan daya tariknya dan suami mulalah risaukan kekuatan seksnya. Sedangkan sebenarnya lelaki itu perlukan istimta’ yang cukup dan itu adalah normal bagi semua lelaki.

4. Lelaki Tidak Sentiasa Mahu Mulakan Seks Boleh dikatakan semua lelaki akan gembira benar dengan pujukan dan rayuan cinta isterinya ketika di atas ranjang. Ini akan mengakibatkan lelaki merasa senang hati dan diperlukan, dan menyebabkan lelaki itu semakin sayangkan isterinya. Ada juga lelaki yang mengalu-alukan inisiatif seksual isterinya kerana ini menyebabkan mereka rasa diperlukan dan membawa rasa kurangnya bebanan pemula segala-galanya termasuk seks. Wanita pula keberatan memulakan seks kerena mereka khuatir ini akan menekan perasaan suaminya atau takut akan ditolak. Tetapi sebagaimana juga lelaki yang kadangkala ditolak oleh isterinya apabila mahu memulakan seks, wanita juga patut sedar menegnai risiko penolakan itu, seperti mana juga wanita, lelaki juga mungkin menolak seks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rahsia Lelaki Melalui Gaya Seluar

Number of View: 0

 

Seluar Jeans
homewear-boxer-men-underwear-1597-675519-1-zoom_850x850Lelaki yg menggemari seluar jeans adalah seorang yg optimis & tenang, gaya tersendiri, amat mengasihi org yg disayangi, sanggup berkorban apa saja tapi sering tersilap mengambil keputusan.

Seluar Baggy
Lelaki yg meminati gaya seluar ini agak keperempuanan, mengikuti perkembangan semasa, lembab kerana ragu2 dlm mengambil keputusan, lemah lembut.

Seluar Warna Terang
Lelaki yg lebih suka memakai seluar yg berwarna terang dikatakan tegas, luas pandangan dan berfikiran matang bila selesaikan masalah.

Seluar Gantung / Hanger
Lelaki yg sering menggayakan fesyen seluar gantung adalah lelaki yg misteri, seleranya sukar diramal serta serba rahsia.

Seluar Ketat
Lelaki yg menyukai seluar ketat dikaitkan sebagai suka mencari perhatian, ego tinggi tapi baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 19, 2016

Petua Gastrik

Number of View: 0

Apa yang perlu dibuat untuk sakit gastrik:

Pucuk jambu batu ( fresh )di kunyah dan disulam minum dgn susu suam…paling bagus guna susu everyday bancuh pekat tanpa gula dan di minum selepas sarapan…

gastrikAtau jika tiada pucuk jambu batu

Gantikan dgn memasak teh pekat tanpa gula di reneh dgn sedikit daun pudina…diminum dan di sulam dgn susu suam juga tanpa gula…

Gastrik berlaku berkemungkinan dr pemakanan kita tidak mengikut waktu atau penyakit keturunan…

Amalan tradisional untuk kanak-kanak, anda boleh balut telur di masak suam dan tuam di bahagian pusat… Then di beri minum petua di atas td…

Semoga bermanfaat utk semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 14, 2016

Kenapa Suami Isteri Dianjurkan Berjimak Pada Malam Jumaat

Number of View: 0

 

Kenapa Suami Isteri Dianjurkan Berjimak Pada Malam Jumaat?

Bagi pasangan suami-isteri, terutama pihak suami, malam Jumaat itu “keramat”. Sebabnya tentu saja, kerana ada anjuran [Maraji’: Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq, Kitab Fadhail A’mal karya Ali bin Muhammad al Maghribi dan Sutra Ungu karya Abu Umar Baasyir/bersama dakwah] untuk berjima’ di malam ini. Dalam sunnah, ada kewajiban. Dalam kewajiban ada sunnah. Sungguh indah Islam! Lebih dari itu, dalam kewajiban dan sunnah tersebut, ada kenikmatan syahwat dunia yang halal. Halal, tentu berarti berpahala.

amalansunatjumaat“Suami wajib menjimak isterinya sekurang-kurangnya satu kali dalam sebulan,” kata Ibnu Hazm, “kalau tidak, berarti ia durhaka terhadap Allah.”

Jika Ibnu Hazm berbicara tentang kewajiban jima bagi suami isteri, Imam Al Ghazali menjelaskan mengenai kepatutannya.

“Sepatutnya suami menjimak isterinya pada setiap empat malam satu kali. Ini lebih baik,” kata ulama bergelar hujjatul Islam itu. Namun, Al Ghazali tidak memaknai batasan itu secara kaku. “Bahkan sangat bijaksana kalau lebih dari sekali dalam empat malam, boleh pula kurang dari itu, sesuai keperluan isteri.”

Lalu jika perlu memilih hari dalam jima, adakah keutamaan malam Juma’at dibandingkan malam-malam lainnya? Dalam hal ini, hadith yang sah dijadikan rujukan adalah riwayat Tirmidzi nombor 496, An-Nasai 3/95-96, Ibnu Majah nombor 1078, dan Ahmad 4/9. Hadith-hadith itu senada, yang terjemahnya sebagai berikut:

“Barangsiapa (yang menggauli isterinya) sehingga mewajibkan mandi pada hari Juma’at kemudian diapun mandi, lalu bangun pagi dan berangkat (ke masjid) pagi-pagi, dia berjalan dan tidak berkendaraan, kemudian duduk dekat imam dan mendengarkan khutbah dengan khusyu’ tanpa sendau gurau, nescaya ia mendapat pahala amal dari setiap langkahnya selama setahun, balasan puasa dan solat malam harinya.” (HR. Tirmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Dari hadith tersebut tergambar betapa besarnya balasan pahala bagi orang yang melakukannya. Yakni “bercinta”, mandi, bangun pagi, berangkat awal ke masjid untuk menunaikan solat Juma’at, [Maraji’: Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq, Kitab Fadhail A’mal karya Ali bin Muhammad al Maghribi dan Sutra Ungu karya Abu Umar Baasyir/bersama dakwah] imam dan mendengarkan khutbah dengan tekun.

Pahala dalam hadith ini diberikan kepada orang yang melakukan paket enam amal itu, tidak terpisah-pisah. Namun demikian, tergambarlah keutamaan berjima [Maraji’: Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq, Kitab Fadhail A’mal karya Ali bin Muhammad al Maghribi dan Sutra Ungu karya Abu Umar Baasyir/bersama dakwah] Jum’at.

Memang ada yang berpendapat bahwa sunnah dalam hadith tersebut adalah “bercinta” pada hari Juma’at (pagi), mengingat mandi Jum’at itu dimulai setelah terbit fajar di hari Juma’at. Namun yang lebih popular adalah “bercinta” di malam Juma’at, sedangkan mandinya boleh saja ketika terbit fajar sebelum menunaikan Solat Subuh berjama’ah.

Abu Umar Basyir di dalam bukunya Sutra Ungu menambahkan, “Di negara yang menerapkan cuti pada hari Juma’at, tentu tidak masalah jika seseorang ingin berhubungan seks pada hari itu. Lalu bagaimana di negara yang menetapkan hari Juma’at sama seperti hari-hari kerja lainnya? Bagaimanapun, hukum sunnah tetap saja sunnah.

Jadi itu hanya soal kesempatan melakukannya saja. Jika mampu dilakukan, Insya Allah membawa berkah. Di situlah, pengurusan waktu berhubungan seks menjadi perlu diatur.

Kerana itu boleh saja dilakukan menjelang subuh, atau sesudah solat Subuh. Tiap pasangan suami isteri tentu lebih tahu mana saat yang paling tepat.” Wallaahu a’lam bish shawab. [Maraji’: Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq, Kitab Fadhail A’mal karya Ali bin Muhammad al Maghribi dan Sutra Ungu karya Abu Umar Baasyir/bersama dakwah]

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Surah Al-Ruum: 21)

Dipetik Dari – [Maraji’: Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq, Kitab Fadhail A’mal karya Ali bin Muhammad al Maghribi dan Sutra Ungu karya Abu Umar Baasyir/bersama dakwah]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 12, 2016

Malaysia Negara Janda dan Duda

Number of View: 0

sbbcerai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

40 kes lelaki yang tidak layak jadi suami

Number of View: 0 1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak ...