Number of View: 0 AMBIL MAKANAN TAMBAHAN JAGA PENAMPILAN UNGKAPAN kehidupan bermula pada usia 40 tahun begitu sinonim dengan lelaki, namun bagi wanita pula usia itu dianggap permulaan kepada detik sukar, termasuk diketepikan suami daripada aspek seksual dan kemungkinan juga hidup bermadu. Perlu diingatkan, hubungan seks adalah keperluan naluri dan batin manusia selain pada masa sama mengeratkan hubungan silaturahim antara pasangan. Pasangan muda berkemampuan menikmatinya kerana tahap kecergasan dan kesihatan mereka yang optimum berikutan hubungan seks memerlukan daya tenaga dan kesihatan yang baik. Peningkatan usia tidak bermakna pasangan itu tidak lagi dapat mengecapi kehidupan seksual menarik dan membahagiakan. Namun, ia tidak mungkin berlaku jika pasangan berkenaan tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga kesihatan. Bagi seseorang wanita, peningkatan usia tidak bermakna mereka tidak dapat menggembirakan suami, manakala bagi lelaki pula bukan hanya wanita muda dapat memuaskan m...