Wednesday, December 12, 2012

Hubungan Kelamin Hambar

Number of View: 0

Soalan

SAYA berusia 41 tahun dan isteri berusia 38 tahun. Kami sudah berkahwin selama 12 tahun. Sejak empat tahun lalu saya mengalami masalah dingin seks. Kami hanya mengadakan hubungan seks sekali sebulan atau tiga bulan sekali. Kadang-kadang berbulan-bulan lamanya kami tidak melakukan hubungan seks!

Seated and sexy @boonkhrong2
Seated and sexy @boonkhrong2

Kami tidak pernah berbincang mengenai masalah ini, tetapi kehidupan kami tetap bahagia dan boleh dikatakan tidak pernah berlaku sebarang pertelingkahan berkaitan masalah itu.

Apakah masalah yang menyebabkan masalah dingin seks dan bagaimana cara menghangatkan kembali kehidupan seksual kami?

SID
Klang, Selangor

Jawapan

MEMANG biasa terdengar keluhan pasangan suami isteri yang menyatakan suami atau isteri kurang melakukan hubungan seks. Jika ini berlaku atas pilihan sendiri, tiada sebab mengeluh.

Jika terpaksa atau keadaan itu berlaku akibat pasangan tidak minat atau kerap menolak atas berbagai alasan mungkin perkara itu boleh disempurnakan kembali apabila sebab penolakan itu diatasi atau ditangani.

Hubungan seks ialah aktiviti fizikal dan memerlukan tenaga serta tubuh badan sihat. Jika aktiviti harian yang biasa dapat dilakukan ini tidak bermakna hubungan seks juga begitu.

Keperluan tenaga berbeza dan tindak balas rangsangan untuk lelaki dan wanita perlu ada. Jika tidak, sukar menunaikannya walaupun satu kewajipan.

Jadi tidak hairan jika pasangan yang separuh umur mengalami perubahan itu. Hubungan seks kebiasaannya menggambarkan kedua-dua pasangan dalam keadaan terangsang dan melakukan persetubuhan dengan aktif.

Mungkin ini satu adegan yang berlaku kepada pasangan intim ketika muda. Malahan pasangan sama apabila sampai ke umur lebih tinggi masih boleh melakukan perkara sama.

Cuma, mungkin caranya tidak seperti dulu dan lebih kepada belaian, sentuhan, kucupan dan urutan. Jika kedua-dua berkemampuan dan berhajat, hubungan penetratif boleh dilakukan.

Bagi pasangan yang mendapati kehidupan seksual mereka hambar, mereka perlu berterus-terang dan membuat sesuatu secara bersama untuk meningkatkan lagi hubungan keintiman jika itu yang mereka mahu.

Keluar dari keadaan rutin mungkin perkara utama perlu dilakukan.

Lakukan aktiviti rutin bersama dengan cara berbeza. Tetapkan waktu dan masa untuk berintim dan pastikan persiapan dibuat terlebih dulu. Jika khuatir terganggu, tempahlah bilik hotel atau pergi bercuti tanpa membawa anak.

Bagi pasangan mengalami masalah syahwat, dapatkan bantuan profesional. Kini masalah seksual lelaki dan wanita dapat diatasi dengan rawatan moden. Jangan menderita dalam diam. Dapatkan bimbingan dan rawatan jika itu diperlukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 11, 2012

Darah bercampur Air Mani Suami

Number of View: 0

SAYA berkahwin tidak sampai dua minggu. Saya juga baru habis datang bulan seminggu lalu. Begitupun, baru-baru ini selepas selesai bersama suami, saya mendapati ada sedikit darah bercampur air mani suami.

Namun, saya tidak pasti sama ada darah itu datang daripada air mani suami atau faraj saya. Saya juga tertanya-tanya adakah ia antara simptom fibroid atau kanser serviks.
ANNA
Selangor

Pada peringkat awal persetubuhan, geselan anggota kelamin suami dilakukan kepada pembukaan faraj dan faraj yang belum pernah menjalani proses tusukan akan mengalami ‘trauma’ ringan.

Tidak hairan jika selepas selesai mengadakan hubungan seks, cecair yang keluar daripada faraj ialah air mani suami dan cecair faraj akan kelihatan bercampur darah.

Jika kulit lapisan pembukaan faraj terluka atau melecet, cecair daripada faraj kelihatan sedikit kemerahan akibat kandungan sedikit darah di dalamnya.

Situasi ini akan berkurangan apabila masalah melecet reda dan perasaan pedih hilang. Jarang geselan penghujung zakar ke pangkal rahim membuat kulit lapisan pangkal rahim melecet dan menyebabkan air mani bercampur darah.

Jadi pendarahan ringan itu datang daripada pangkal rahim yang melecet.

Ada juga situasi di mana gerakan kulit kulup zakar (kulit penutup zakar tidak berkhatan) melecet ketika dayungan zakar dalam faraj berlaku dan bahagian itu kelihatan merah selepas bersetubuh dan air mani yang keluar juga kelihatan mengandungi darah.

Apabila pergerakan kepala zakar keluar daripada kulup secara lancar, hubungan zakar-faraj tidak menyakitkan lelaki dan air mani jadi biasa.

Jika anda tidak merasa sakit lagi dan air mani yang keluar masih kelihatan mengandungi darah, anda dan pasangan perlu menjalani pemeriksaan untuk mengenal pastinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 5, 2012

10 Tanda Lelaki Cemburu

Number of View: 0

‎10 TANDA LELAKI CEMBURU

1. MENGHUBUNGI ISTERI ATAU PASANGAN KEKASIH BERKALI-KALI DALAM SEHARI
Adakah sikap anda begini?menelefonna berkali-kali hanya untuk bertanya perkara remeh? Buat apa, sudah makan atau belum. Keluar dengan siapa dan sebagaina hinggakan pasangan berasa rimas dengan pertanyaan remeh.

Sexy pose with fabulous physique @vorawish
Sexy pose with fabulous physique @vorawish

2.BUAT “KEJUTAN” PADA TELEFON BIMBIT PASANGAN
Adakah anda suka memeriksa telefon bimbit pasangan? Anda ingin tahu siapa yang dia hubungi atau siapa yang menghubunginya. Soalan anda kepadana bagaikan polis kepada pesalah dan rasa tidak puas hati anda itu berterusan selagi tidak mendapat jawapan yang memuaskan hati anda sendiri.

3.ANDA RASA CEMBURU BILA DIA MELAYAN MESRA ORANG LAIN
Rasa marah ini akan wujud bila melihat dan menyaksikan pasangan melayan mesra orang lain walau pun pada pandangan individu lain ia sekadar sembang-sembang biasa. Kalau boleh, anda ingin menghentikan segera perbualan tersebut dan mengajaknya pulang biar pun dia ketika itu sedang berbual dengan bapa saudaranya,anak buahnya,sepupu dan sebagainya.

4.MEMERHATIKAN SETIAP GERAK LANGKAH PASANGAN.
Pernahkah anda menyoal pasangan atau isteri ke mana dia pergi biar pun seketika? Rasa ingin tahu anda begitu membuak-buak dan kalau boeh anda ingin tahu apa dia lakukan setiap masa. Kalaulah ada dalam hati anda,itu tandatanya seorang yang sangat cemburu dan gagal mengawal emosi.

5.SELIDIK BEG TANGAN PASANGAN.
Bukan mahu mencuri sebaliknya ingin mengetahui apa kandungan didalam begnya. Ini semua anda lakukan bagi mengetahui pasangan tidak bermain kayu tiga di belakang anda.

6.SERING BERTANYA DENGAN SIAPA PASANGAN BERBUAL.
Pernahkah anda menyelidik pasangan sedalam-dalamnya tatkala dia menerima panggilan ketika bersama dengan anda.misalnya dengan siapa,borak apa,hubungan mereka dan bermacam-macam lagi sehingga anda puas hati dengan jawapannya.

7.MENGAWAL PERGERAKANNYA
Dia meminta izin untuk keluar bersama rakan-rakannya namun anda mempunyai banyak alasan untuk tidak membenarkan dia pergi.bagi anda dia hanya sesuai keluar dangan anda sahaja dan tidak kepada orang lain.

8.SERING MENGUGUT PASANGAN.
Adakah anda sering mengugut mahu membunuh diri dan sebagainya jika anda tahu dia mempunyai teman lain. Atau mahu menginggalkan anda.ugutan anda serius dan berkali-kali dia meminta maaf..kalau la ya…itu tandana anda seorang yang kuat mengongkong dan penuh sifat cemburu dalam hati.

9.SESEKALI ANDA MENUDUHNYA CURANG.
Anda menuduhnya berfoya-foya hanya kerana anda melihat dia keluar dengan orang lain sedangkan pasangan itu tidak mempunyai niat untuk berlaku curang pun.

10.MENYEKAT UNTUK BERSUARA.
Setiap kali pasangan anda untuk memberikan penerangan atau segala kejadian.anda tidak langsung memberikan peluang kepada pasangan untuk menjelaskanna.Anda asyik menyerang dan terus menyerangnya dengan kata-kata dan ada kalanya tangan anda juga naik ke tubuhnya.kalau begini la sikap anda.nyata anda seorang yang cemburu dan perlu mendapatkan rawatan agar tidak membahayakan orang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

40 kes lelaki yang tidak layak jadi suami

Number of View: 0 1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak ...