Monday, July 25, 2011

Disikatkan oleh isteri

Number of View: 0

Disikatkan oleh isteri

Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika
itu saya sedang haid.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Minum bergantian pada tempat yang sama

Daripada Aisyah r.a., dia berkata: “Saya biasa minum dari cawan yang sama
walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di
tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil
cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari
saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu
Baginda pun menghirupnya. ” (Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, July 24, 2011

Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah

Number of View: 0

Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah……..

Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah “handsome kah aku?”, “adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger?” dan seumpanya.

Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :

1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?

2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudup aku?

3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?

4. Selama ini adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah?

5. Ikhlaskah aku dalam beramal?

6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?

7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?

8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?

9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?

10. Adakah solat malam menjadi kebiasaan aku?

11. Adakah aku bertawakkal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?

12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?

13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?

14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?

15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?

16. Adakah aku seorang pemaaf?

Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita solehah!

“LELAKI YG BAIK UNTUK WANITA YANG BAIK…” insyaAllah…=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

40 kes lelaki yang tidak layak jadi suami

Number of View: 0 1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak ...