Rencah Rumahtangga Bahagia
Number of View: 0 Pedoman bagi yang sudah mendirikan masjid dan panduan bagi yang bakal mendirikan masjid….:) Rencah Rumahtangga Bahagia Kalau diibaratkan sebuah perniagaan, maka cinta suci merupakan modal asas paling utama dalam membina keluarga bahagia. Selagi cinta itu masih suci murni, selama itu nikmat berbulan madu terus dapat dikecapi sepanjang berumah tangga. Lebih-lebih lagi andainya dapat dilengkapi dengan rencah-rencah tambahan berikut : 1. Puas Hati Terimalah pasangan anda dengan redha dan puas hati. Bersangka baiklah terhadap Allah s. w. t Maha suci yang telah menentukan jodoh kita. Jangan diungkit-ungkit kekurangan pasangan anda. Yakinlah bahawa tiap sesuatu itu sudah ditentukan oleh Allah dan mempunyai pelbagai hikmah yang kadang-kadang kita tidak faham. Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah seorang lelaki mukmin membenci isterinya yang beriman. Bila ada perangai yang tidak disukai, dia pasti redha (menyenangi) perangainya yang lain (kebaikan)”. ...