Aduhai suami
Number of View: 0 Semoga jadi panduan utk kita sama-sama memperbaiki diri. “Duhai diri kejamnya engkau. membiarkan hati wanita sedih dan kecewa sendirian.Kau kutip dia dari pangkuan ayah bondanya, namun kau tinggalkan hatinya di persada duka.Sekeping hati tipis bak kaca, kini retak dan sumbing tepinya.Siapa yg akan memungut hati yang luka milik wanita bergelar isteri itu, kalau bukan kau wahai diri… Naluri kelelakianmu kau sorokkan di mana? Perkasa dirimu dimana letaknya ? Kelelakian lelaki terletak pada kebijaksanaannya melaksanakan perananya yg unik dan tersendiri iaitu memimpin wanita. Kepimpinan yg dimaksudkan ialah kepimpinan dalam suatu institusi yg sangat penting yg mesti dipegang oleh lelaki. institusi itu ialah nadi. benteng utama kepada kestabilan masyarakat dan agama. itulah institusi keluarga. Dia pemimpin kepada isteri dan anak2nya. Tak kira wanita itu sebagai menteri tetapi dlm keluarganya dia tetap pengikut kepada suaminya. Disitulah terletaknya kelelakian seo...