Risiko Payudara besar
Number of View: 0 RISIKO PAYUDARA BESAR JIKA saiz dan bentuk zakar penting untuk lelaki, wanita tidak terkecuali untuk mengambil berat saiz payu dara mereka. Sebenarnya, saiz dan bentuk payu dara wanita tertakluk kepada keturunan dan baka. Jarang ada wanita mengalami masalah payu dara ‘Glandular Hyperplasia’, iaitu pepundi susu mengembang dan membesar, sekali gus mengakibatkan payu dara membesar secara luar biasa. Wanita yang mengalami masalah ini sukar mencari baju dalam atau ‘bra’ sesuai. Keadaan payu dara yang besar juga menyakitkan dada kerana memikul beban berat. Kajian terbaru menunjukkan payu dara besar berisiko tinggi mendapat kanser. Tiada kaedah membesarkan payu dara tanpa membabitkan pembedahan. Ia dikenali ‘Breast Augmentation’ atau pembedahan pembesaran payu dara. Kaedah penggunaan krim dan herba belum ada bukti kukuh keberkesanannya. Satu ketika dulu di Thailand, wujud herba dikenali ‘Pueriaria Mirifica’ yang kononnya membantu memantapkan payu dara dan kini herba itu dala...