Darah keluar ketika buang air besar
Number of View: 0 DARAH KELUAR KETIKA BUANG AIR BESAR Soalan SAYA ingin tahu penyakit yang dihidapi suami kerana kadangkala apabila membuang air besar, pasti darah keluar bersama. Ada masanya darah itu terlalu banyak. Namun, suami saya tidak bersa sakit, pedih atau perit ingin membuang air besar. Darah itu mengalir dari dubur begitu saja. Adakah itu penyakit buasir atau ada penyakit lain? LIZA Pulau Pinang Jawapan Pendarahan dari lubang dubur boleh berlaku apabila mukosa yang tersembul di permukaan pintu pembukaan lubang dubur terluka. Mukosa atau lapisan kulit saluran dubur itu kadangkala boleh tersembul apabila wujud tekanan di bahagian itu akibat sembelit atau ‘constipation’. Apabila mukosa itu tercedera, pendarahan yang amat sangat boleh berlaku. Mukosa yang tersembul ini juga dikenali sebagai buasir atau ‘piles’. Biasanya pendarahan daripada mukosa tidak sakit, kecuali kulit pembukaan lubang najis terluka atau terkoyak, satu keadaan yang dikenali sebagai ...