Merancang keluarga
Number of View: 0 TANGGUH DAPAT ANAK Amalan biasa pasangan keluarga, terutama di bandar “SAYA baru berumahtangga. Namun, kami merancang untuk tidak mempunyaianak bagi tempoh tiga tahun akan datang. Bukan kerana tidak suka, tetapi kamiingin menikmati kehidupan sebagai suami isteri sepuas-puasnya. “Apakah kaedah terbaik untuk mencegah kehamilan dengan tidak memakan pil pencegah? Dan untuk pengetahuan doktor, kami tidak suka memakai kondom sebab tidak mendatangkan kepuasan dan kenikmatan kepada kami.” Ini soalan lumrah yang saya terima. Fakta menunjukkan amalan merancang keluarga kini menjadi perkara biasa di kalangan pasangan lelaki dan wanita yang berumahtangga, terutama di bandar. Buat pengetahuan, tiada kaedah merancang keluarga yang boleh dikatakan ‘ideal’, dan tiada kaedah merancang yang 100 peratus berkesan. Namun, beberapa kaedah boleh dicadangkan kerana memberi kesan tinggi menghalang kehamilan, dengan SYARAT diamalkan dengan baik seperti kaedah mengambil pil hormon, selain sunti...