Baru kahwin tetapi tidak mengadakan hubungan kelamin
Number of View: 0 SAYA menerima pelbagai keluhan daripada pesakit mengenai pasangan mereka. Antara soalan yang sering diajukan ialah “adakah normal bagi suami tidak mengadakan hubungan kelamin dengan pasangan untuk tempoh panjang sedangkan mereka baru berkahwin?” Soalan ini sebenarnya agak sukar untuk saya jawab bagi pihak suami yang dipertikaikan. Bagi saya, hubungan kelamin adalah satu keseronokan yang tiada bandingan jika dilakukan dalam ikatan perkahwinan. Kalau begitu, hubungan kelamin pasangan yang berkahwin sepatutnya memang benar-benar menyeronokkan dan tentu mereka tidak melepaskan peluang bersanggama tidak kira siang atau malam! Begitupun, perkara ini tidak berlaku pada sejumlah pasangan, sama ada suami kurang minat atau isteri sengaja mengelak persetubuhan. Lelaki yang pernah menceburi dunia fantasi kelaminual dan menghayati keseronokan kelaminual secara bersendirian akan sukar menikmati keseronokan itu bersama pasangan. Ini kerana keseronokan yang dihayati selama ini datang...