Berakhlak dalam mendidik isteri
Number of View: 0 Sebuah rumahtangga bahagia ialah rumahtangga yang dikendalikan mengikut nilai-nilai yang dikehendaki oleh Allah swt. Tidak boleh dikatakan rumahtangga sekiranya sesebuah rumahtangga itu tidak dapat diatur dan disusun mengikut apa yang dikehendaki Allah walaupun keadaan rumahtangga itu nampaknya tenang dan aman. Dalam hal ini, kebijaksanaan suami dalam mengendalikan rumahtangga menjadi faktor penting untuk mencapai tujuan itu. Perkara yang utama yang patut dilakukan oleh suami ialah berakhlak dengan isterinya. Maksud berakhlak di sini ialah si suami mestilah seorang penyabar dalam mendidik isterinya. Dalam ertikata yang lain si suami mestilah sanggup menghadapi derita dan sengsara disebabkan kerenah isterinya. Ini adalah kerana kaum perempuan itu dijadikan oleh Allah sebagai makhluk yang lemah. Terutamanya, akal fikiran mereka adalah pendek dan sebab itulah mereka bertindak gopoh dan mudah melenting. Oleh yang demikian ketika isteri marah, suami kenalah menaruh perasaa...