Skip to main content

Berakhlak dalam mendidik isteri

Number of View: 0

Sebuah rumahtangga bahagia ialah rumahtangga yang dikendalikan mengikut nilai-nilai yang dikehendaki oleh Allah swt. Tidak boleh dikatakan rumahtangga sekiranya sesebuah rumahtangga itu tidak dapat diatur dan disusun mengikut apa yang dikehendaki Allah walaupun keadaan rumahtangga itu nampaknya tenang dan aman.

isteriDalam hal ini, kebijaksanaan suami dalam mengendalikan rumahtangga menjadi faktor penting untuk mencapai tujuan itu. Perkara yang utama yang patut dilakukan oleh suami ialah berakhlak dengan isterinya.

Maksud berakhlak di sini ialah si suami mestilah seorang penyabar dalam mendidik isterinya. Dalam ertikata yang lain si suami mestilah sanggup menghadapi derita dan sengsara disebabkan kerenah isterinya. Ini adalah kerana kaum perempuan itu dijadikan oleh Allah sebagai makhluk yang lemah. Terutamanya, akal fikiran mereka adalah pendek dan sebab itulah mereka bertindak gopoh dan mudah melenting.

Oleh yang demikian ketika isteri marah, suami kenalah menaruh perasaan belas kasihan dengan mendiamkan diri dan bersabar. Biarkan dia bercakap apa sahaja kerana apabila kehabisan modal untuk bercakap dia akan diam. Jangan dilawan cakapnya kerana akan lebih banyaklah modal percakapannya.

Jangan pula lari meninggalkannya kerana kalau lari, apabila suami balik semula, si isteri akan sambung balik  percakapannya. Tunggu dan diam sampai si isteri berhenti bercakap. Lepas itu kalau si suami hendak bercakap pun sudah boleh.

Sebenarnya itulah rahsia yang ada pada seorang isteri, apabila telah habis melepaskan apa yang hendak dicakapnya, dia akan tenang kembali kerana seperti yang dikatakan, fikirannya adalah di atas lidah sahaja.

Sebab itulah, kalau si suami tidak melawan cakap-cakap isteri, rumahtangga akan lebih selamat. Pokoknya si suami hendaklah sabar banyak-banyak dan sanggup menanggung kesakitan itu.

Tentang kaum perempuan ini kurang akal atau fikirannya, Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud:

“Kurang akal fikiran perempuan ini Tuhan jadikan begitu.”

Sebab itulah, Allah swt menghendaki dua saksi orang perempuan untuk menyamai satu saksi kaum lelaki. Atas dasar inilah, para suami diseru oleh Allah swt di dalam Al Quran dengan firman yang bermaksud:

“Hendaklah suami-suami bergaul dengan isteri-isteri itu dengan sebaik-baiknya.”

Rasulullah saw ada menyatakan bahawa barangsiapa yang sanggup menahan penderitaan atau sabar di atas kejahatan serta perangai isteri mereka Allah swt akan memberi mereka pahala sebagaimana pahala bagi Nabi Ayub.

Menurut sejarah Rasulullah saw adalah orang yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya. Beliau dapat menahan segala kemarahan terhadap isterinya yang kadang-kadang membuat ragam juga. Sebab itulah sabda Rasulullah saw yang maksudnya:

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik dengan isterinya. Aku adalah orang yang paling baik dengan isteriku.”

Dalam satu peristiwa, Siti Aisyah telah memarahi Rasulullah. Kata Siti Aisyah kepada beliau, “Engkaukah orang yang mengaku Nabi?” Nabi hanya senyum sahaja. Kemudian Rasulullah berkata, “Aku tahu, kalau engkau marah kepada aku, kau cakaplah begini, “Demi Allah Tuhan Ibrahim.” Kalau engkau gembira dengan aku, kau katalah “Demi Tuhan Muhammad.” Jawab Aisyah, “Betul kata engkau itu. Masa aku marah, aku tidak sebut nama engkau.”

Di masa lain pula Siti Aisyah telah menolak Rasulullah saw dari belakang hingga beliau hampir jatuh. Emak Siti Aisyah ternampak perangai Aisyah lalu ditamparnya muka Aisyah. Kemudian berkata Rasulullah saw, “Biarkanlah dia begitu. Sebenarnya dia telah banyak berbuat kepada aku, lebih dari itu lagi.”

Sewajarlah para suami mengambil iktibar daripada banyak ragamnya isteri-isteri Rasulullah saw. Sebenarnya bukan Siti Aisyah sahaja yang membuat karenah malah isteri-isteri Rasulullah yang lain juga. Tetapi Rasulullah boleh hadapi semuanya dengan senyum sahaja.

Kalau isteri Rasulullah bertaraf Ummahatul Mukminin itu pun ada juga ragamnya dan wanita-wanita solehah di zaman Rasulullah yang mendapat didikan langsung dari Rasulullah itu pun banyak ragamnya, apa lagilah wanita-wanita dan isteri-isteri di zaman yang telah jauh dari zaman Rasulullah ini.

Sebenarnya Allah swt jadikan isteri-isteri Rasulullah demikian ragamnya supaya dapat menjadi contoh kepada umat Nabi Muhammad yang kemudian ini tentang akhlak Rasulullah saw bila berhadapan dengan isteri-isterinya.

Kalaulah Allah jadikan isteri Rasulullah itu baik semuanya, jadi tidak ada contohlah para suami tentang bagaimana sikap yang patut dilakukan ketika isteri meragam untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga. Sebab itulah, bila Allah jadikan Siti Aisyah dan isteri-isteri Raulullah begitu untuk menjadi contoh dan dapatlah diambil teladan darinya. Yang demikian, bolehlah si suami memujuk hati dengan mengatakan, “Sedangkan Rasulullah tidak marah-marah, sepatutnya aku pun bagitu juga.”

Lagipun, banyak ragam ini tidak mencacatkan kesolehan wanita. Sebab itu, para suami jangan lekas naik radang dan menuduh isteri nusyuz, engkar dan sebagainya.
Banyak ragam tidak menjadikan isteri nusyuz. Cuma ketika itu isteri sedang naik angin, biarkan sahaja sehingga angin itu sejuk. Nanti akan baiklah dia. Sebab itulah para suami dikehendaki banyak bersabar dalam mendidik isterinya.

Si suami bukan sahaja mesti bersabar dengan kelakuan isterinya malah disuruh juga oleh Allah supaya bergurau-gurau dan bermain-main dengan isterinya. nabi juga menyuruh para suami bermesra dengan bergelak ketawa bersenda-senda dengan isteri. Janganlah suami-suami sentiasa bersikap terlalu serius dengan para isteri untuk mempertahankan kehebatan. Kalau sesama lelaki bolehlah menjaga kehebatan masing-masing dan tidak digalakkan selalu sangat bergurau sesama lelaki. Tetapi dengan isteri sepatutnya si suami mestilah banyak bergurau.

Malah Rasulullah saw sendiri amat suka bersenda gurau dengan isterinya, hinggakan semasa Rasulullah bergurau dengan isterinya, dia sanggup menurunkan darjatnya seperti seorang perempuan. Ertinya, Rasulullah turut bergurau macam seorang perempuan bergurau iaitu sindir menyindir, cubit mencubit dan sebagainya.

Pernah dalam satu gurauannya dengan Siti Aisyah mengajak isterinya itu berlari-lari. Sedangkan ketika itu Siti Aisyah muda belia berumur 16 tahun. Sedangkan Rasulullah sudah berumur 60 tahun, tapi Rasulullah tetap lakukan juga kerana hendak menghibur-hiburkan hati isterinya. Walaupun begitu, apabila beliau berlumba lari dengan Siti Aisyah, Rasulullah tetap menang sebab Rasulullah tetap menang sebab Raulullah juga adalah ahli sukan yang pantas disebabkan beliau
sentiasa riadah dengan menunggang kuda, bermain pedang dan lain-lain senjata.

Justeru itu para suami eloklah memperbanyakkan gurau senda dengan isteri masing-masing dan eloklah sekali sekala mengajak isteri berlumba-lumba dan sebagainya. Begitu juga dalam soal masak-memasak dan mengemas rumah, suami hendaklah membuat kerja tersebut sebagaimana telah dilakukan oleh Rasulullah saw. Sesungguhnya sunnah nabi itu adalah ikutan yang paling baik.

Suami yang baik ialah suami yang memberi contoh tauladan dalam mendidik isteri. Jadikan masa yang terluang atau masa rehat itu dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang memberi faedah, bukan dengan aktiviti-aktiviti seperti berbual-bual kosong di kedai-kedai kopi, di tempat-tempat maksiat dan sebagainya. Begitu juga dengan aktiviti memancing atau bersukan dan lain-lain yang kadang-kadang sampai tertinggal ibadah sembahyang.

Di sini saya ingin menyentuh sedikit tentang ibadah sembahyang di surau-suaru atau di masjid-masjid. Hari ini, baik di surau-surau atau di masjid-masjid sudah kurang dikunjungi oleh umat Islam untuk bersembahyang jemaah atau mendengar kuliah agama. Apa yang menyedihkan, ada di antara orang-orang yang rumah-rumahnya berhampiran dengan masjid atau surau-surau pun tidak terlangkah oleh kaki untuk mengerjakan ibadah sembahyang berjemaah atau mendengar kuliah agama.

Ada di setengah-setengah tempat sampai imam sembahyang yang dilantik pun jarang sembahyang berjemaah, ini tidak termasuk lagi ahli jawatan kuasa masjid atau surau yang tidak ada rasa tanggungjawab untuk memberi contoh kepada makmum-makmun yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Warna Pilihan Lambang Peribadi Lelaki

Number of View: 0   Putih Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia symbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Lelaki yang gemarkan warna putih amat gemarkan kebersihan dan dia begitu menitikberatkan soal kekemasan diri. Anda yang sukakan warna bersih ini juga seorang yang cermat dalam pelbagai hal. Merah Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan kemarahan. Merah Jambu Ia adalah gabungan warna merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan kerana itu lelaki yang gemar warna ini, biasanya berjiwa lembut dan penuh kasih saying yakni romantis. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan. Oren Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan da...

40 kes lelaki yang tidak layak jadi suami

Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama 2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian. 3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya. 4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun d...

Penyakit-penyakit yang sering dihidapi oleh LELAKI

Number of View: 0 LAPORAN tahunan dari Hospital Universiti di Petaling Jaya mengenal pasti bahawa penyakit jantung mendahului senarai bilangan kematian setiap tahun berbanding penyakit-penyakit lain. Bilangan pesakit jantung semakin meningkat 5% dari tahun 1991 sehingga 1992. Selain dari penyakit jantung, terdapat enam penyakit lain yang sering mengancam lelaki dan menyebabkan kematian. Antaranya adalah barah, bush pinggang, tyroid dan kencing manis. Sesetengah penyakit serius ini boleh dirawat dan disembuhkan jika mendapat rawatan awal. Lelaki disarankan membuat pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun memandangkan terdapat penyakit yang tidak dapat dikesan,tanpa pemeriksaan doktor. Pengamalan hidup yang sihat membantu lelaki dari penyakit- penyakit bahaya. Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor untok kepastian. PENYAKIT JANTUNG Awas! Penyakit ini juga menjadi pembunuh nombor satu lelaki selain daripada kemalangan di jalan raya...