Keluarga Bahagia
Number of View: 0 Banyak lagi sunnah Rasulullah saw yang boleh dilakukan oleh suami isteri. Antaranya pasangan suami isteri digalakkan mandi bersama- sama. Untuk menambahkan kemesraan maka salinglah memandikan. Begitu juga isteri yang berada dalam keadaan lemah seperti dalam pantang selepas bersalin alangkah bahagianya jika dapat dimandikan oleh suami. Walaupun perkara ini ringan tetapi ia perlu diwujudkan supaya kasih sayang berkekalan. Dari Aisyah ra,”Aku berulangkali mandi bersama Rasulullah dari satu bajana. Tidak lebih daripada aku menuangkan air tiga kali tuang di atas kepala aku.”Selain mandi bersama, suami isteri juga digalakkan membersihkan diri bersama2 termasuklah mencukur bulu ari2, menggunting misai dan memotong kuku bersama2. Membelai antara satu sama lain Setelah beberapa tahun berada di alam perkahwinan jarang suami isteri yang suka pandang memandang. Sedangkan sebelum berkahwin dahulu pandang memandanglah yang menambat rasa cinta mereka. Rasulullah saw bersa...