Skip to main content

Keluarga Bahagia

Number of View: 0

Banyak lagi sunnah Rasulullah saw yang boleh dilakukan oleh suami isteri. Antaranya pasangan suami isteri digalakkan mandi bersama- sama. Untuk menambahkan kemesraan maka salinglah memandikan.

Begitu juga isteri yang berada dalam keadaan lemah seperti dalam pantang selepas bersalin alangkah bahagianya jika dapat dimandikan oleh suami. Walaupun perkara ini ringan tetapi ia perlu diwujudkan supaya kasih sayang berkekalan.

Dari Aisyah ra,”Aku berulangkali mandi bersama Rasulullah dari satu bajana. Tidak lebih daripada aku menuangkan air tiga kali tuang di atas kepala aku.”Selain mandi bersama, suami isteri juga digalakkan membersihkan diri bersama2 termasuklah mencukur bulu ari2, menggunting misai dan memotong kuku bersama2.

Membelai antara satu sama lain

Setelah beberapa tahun berada di alam perkahwinan jarang suami isteri yang suka pandang memandang. Sedangkan sebelum berkahwin dahulu pandang memandanglah yang menambat rasa cinta mereka. Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya seorang lelaki jika melihat kepada isterinya dan isterinya juga membalas pandang kepadanya, maka ALLAH telah melihat mereka berdua dengan pandangan rahmat. Jika seorang lelaki memegang tapak tangan isterinya, maka gugurlah semua dosa mereka berdua dari
celah2 jari mereka berdua” (Riwayat Tarmizi)

Suap-menyuap juga membawa kesan romantis jika dipraktikkan dalam hubungan suami isteri. Namun semuanya ini makin dilupakan bila jejak ke alam rumahtangga.

Perkara2 yang tidak bersalahan dengan syarak tidak salah diamalkan jika ia membawa kebahgiaan. Antara lain yang boleh dilakukan bersama oelh suami isteri – menyikat rambut suami atau isteri.

Dari Aisyah ra berkata “Pernah aku menyikat rambut Rasulullah saw.” Ucapan manja, lemah lembut diiringi dengan ciuman.

Sabda Rasulullah saw:
“Hendaklah ia mendahului dengan lemah lembut dengan kata-kata dan ciuman.”

Bersukan

Bersukan juga elok dilakukan bersama2 keluarga. Islam amat menganjurkan umatnya supaya bersukan. Rasulullah saw sendiri pernah berlumba lari dengan Aisyah.

Jika tidak mampu melakukannya diluar rumah, cukuplah melakukan senaman ringan di dalam rumah untuk beberapa minit. Itu sudah memadai sebagai ubat untuk melegakan ketegangan dalam rumahtangga. Fikiran yang cergas berpunca dari badan yang sihat.

Terlalu banyak ibadah yang boleh dilakukan bersama oleh suami isteri.

Contohilah rumahtangga Rasulullah saw. Sesungguhnya apa yang iamalkan oleh Rasulullah saw dalam rumahtangganya itu merupakan jaminan kebahagiaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Warna Pilihan Lambang Peribadi Lelaki

Number of View: 0   Putih Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia symbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Lelaki yang gemarkan warna putih amat gemarkan kebersihan dan dia begitu menitikberatkan soal kekemasan diri. Anda yang sukakan warna bersih ini juga seorang yang cermat dalam pelbagai hal. Merah Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan kemarahan. Merah Jambu Ia adalah gabungan warna merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan kerana itu lelaki yang gemar warna ini, biasanya berjiwa lembut dan penuh kasih saying yakni romantis. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan. Oren Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan da...

40 kes lelaki yang tidak layak jadi suami

Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama 2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian. 3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya. 4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun d...

Penyakit-penyakit yang sering dihidapi oleh LELAKI

Number of View: 0 LAPORAN tahunan dari Hospital Universiti di Petaling Jaya mengenal pasti bahawa penyakit jantung mendahului senarai bilangan kematian setiap tahun berbanding penyakit-penyakit lain. Bilangan pesakit jantung semakin meningkat 5% dari tahun 1991 sehingga 1992. Selain dari penyakit jantung, terdapat enam penyakit lain yang sering mengancam lelaki dan menyebabkan kematian. Antaranya adalah barah, bush pinggang, tyroid dan kencing manis. Sesetengah penyakit serius ini boleh dirawat dan disembuhkan jika mendapat rawatan awal. Lelaki disarankan membuat pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun memandangkan terdapat penyakit yang tidak dapat dikesan,tanpa pemeriksaan doktor. Pengamalan hidup yang sihat membantu lelaki dari penyakit- penyakit bahaya. Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor untok kepastian. PENYAKIT JANTUNG Awas! Penyakit ini juga menjadi pembunuh nombor satu lelaki selain daripada kemalangan di jalan raya...