Kebahagiaan Dalam Rumahtangga

Number of View: 0

Kebahagiaan Dalam Rumahtangga

rahsiarumahtanggaRumahtangga Islam telah banyak hilang kini. Banyak rumahtangga tidak mengecapi kebahagiaan hakiki (Assa’adah Al Haqiqiyyah). Kebahagian hakiki tidaklah akan tercapai dengan keindahan, ban-guan rumah dan perabut-perabut tetapi sebenarnya datang dari jiwa yang bertaqwa kepada Allah Subhanahuwata’ala Allah-lah yang akan memberikan kebahagiaan. Kebahagiaan itu dirasakan dari dalam, bukan dari luar. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cende-rung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”(Ar-Rum : 21).

Allah Subhanahuwata’ala menciptakan manusia maka Allah-lah yang memberikan perasaan kepada manusia. Kasih sayang dan rahmah adalah anugerah Allah Subhanahuwata’ala Kasih sayang dan rahmah tercetus dari jiwa yang yakin dn beriman kepada Allah Subhanahuwata’ala.

Mustafa Al Masyhur dalam Tariqudda’wah membawa rangkap pujangga Arab Islam yang bermaksud:

“Aku tidak nampak kebahagiaan itu terletak pada kerja-kerja meng¬himpunkan harta tetapi orang yang bertaqwa itulah yang merasai kebahagiaan sebenar”.

Setiap sesuatu ada asasnya. Asas keluarga Islam ialah taqwa. Taqwa itulah yang menjinakkan hati-hati suami isteri. Melembutkan tingkah laku, membersihkan jiwa, menyedarkan tanggungjawab kepada Allah Subhanahuwata’ala, memudahkan pengurusan, mencegah kejahatan dan mendorong kepada kebaikan. Kata-kata seorang pujangga yang lahir dari ruh Al Qur’an dan AsSunnah:

“Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dalam semua hal. Janganlah kamu menolak taqwa kerana mengutamakan keturunan semata-mata. Sesungguhnya Islam telah mengangkat darjat Salman Al Farisi, dan kekufuran telah menjatuhkan martabat Abu Lahab”.

Kata yang lain pula:

“Hendaklah kamu bekalkan diri kamu dengan taqwa. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui, apabila datang waktu malam apakah kamu akan hidup sampai waktu fajar. Berapa banyak orang yang sihat tetapi menemui maut tanpa sebab. Berapa banyak orang yang sakit tetapi telah hidup dalam jangka waktu yang panjang. Berapa banyak pemuda, samada petang atau pagi, ketawa riang sedangkan kain kapannya sedang ditenun tanpa diketahuinya”.

Jika terdapat taqwa pada kedua-dua pasangan hidup lelaki dan perempuan, maka itu faktor terbesar untuk melahirkan suasana mesra, kasih dan kerukunan yang sebenarnya. Allah-lah yang mem¬berikan kasih sayang dan menjinakkan hati-hati mereka. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beri¬man). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”(An Anfal : 63).

Kasih sayang dan rahmah bukan ciptaan manusia. Bukan juga perkara yang boleh dibuat-buat tetapi ia adalah anugerah Allah Subhanahuwata’ala Peristiwa Puak Aus dan Puak Khazraj yang pada asalnya bergaduh, tetapi bersaudara dan jinak setelah menerima Islam membuktikan kebenaran ayat-ayat Allah Subhanahuwata’ala Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Dan berpeganglah kamu semua kepada tali Allah, dan janganlah ka¬mu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menji¬nakkan antara hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara, dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk”(Ali Imran : 103).

Jelaslah, Allah-lah yang berkuasa ke atas hati-hati manusia. Dengan ketaqwaan kepadanya, hati yang keras menjadi lembut dan hati yang menderita akan merasai bahagia.

Bagi wali-wali dan penjaga-penjaga anak perempuan, hendaklah mereka mengutamakan apa yang diutamakan oleh Allah Subhanahuwata’ala Jangan¬lah nilai iman dan taqwa diketepikan. Orang-orang yang bertaqwa kepada Allah tidak pernah kekeringan kemuliaannya dalam din. Pangkat di sisi Allah semakin bertambah dengan bertambahnya taqwa dan ketaatan kepada-Nya. Allah menjanjikan kehidupan yang baik pula untuk mereka. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahu pun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”(An Nahl : 97).

Dalam menafsirkan ayat di atas, Sayyid Qutb menyatakan:

“Amalan soleh itu semestinya mempunyai asas yang asli untuk amalan yang soleh itu bertambah. Asas itu ialah iman kepada Allah Subhanahuwata’ala (Al ImanubiLlah)”.

Selain daripada asas iman, maka amalan tidak boleh berdiri dengan betul. Bahkan menjadi sia-sia seperti debu yang berterbangan di udara.

Kata Sayyid Qutb lagi:

“Amalan soleh yang tegak di atas dasar ini, balasannya ialah kehidupan yang toyyib”.

Kehidupan yang toyyib bukan semestinya menjadi jutawan.

Harta benda dalam rumahtangga bukanlah matlamat tetapi sekadar keperluan. Yang memberikan kebahagiaan kepada jiwa ialah perhu¬bungan dengan Allah Subhanahuwata’ala Jiwa yang kaya, meski pun ketiadaan harta yang banyak. Redha dengan Allah dan berpuas hati dengan Allah Subhanahuwata’ala.

Hayyatan Toyyibah.

“Hayyatan Toyyibah” adalah kurniaan Allah Subhanahuwata’ala Taqwa kepada Allah membuka jalan ke arahnya. Juga taqwa kepada Allah membuka jalan terhadap rezeki yang tidak disangka-sangka.

Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pernah bersabda:

“Sesungguhnya saya mengetahui satu ayat kalau sekiranya manusia sudah mengetahui, maka sudah memadai (mengambil dan menghayati¬nya), iaitu ayat (Attholaq : 2,3):

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disang¬ka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah mecukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu).”

Harapan Yang Tinggi.

Apakah yang kita inginkan atau harapkan daripada pembentukan baitul muslim?

Kita inginkan lahirnya zuriat yang soleh. Lahirnya generasi yang mewarisi pusaka Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam Firman Allah Subhanahuwata’ala yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang berkata: Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai peny-nang hati (kami), dan jadikanlah kami Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”(Al Furqan : 74).

Kita ingin melihat rumahtangga muslim dimana berlaku di dalamnya perlaksanaan ajaran Islam dan hukum-hukum Allah. Suami muslim bertanggungjawab terhadap keluarga, membuat persediaan-persediaan, memelihara adab-adab Islam dan memberikan kefahaman Islam kepada orang-orang dibawah jagaannya.

Kita ingin melihat isteri yang soleh menjadikan rumahtangga seperti taman yang memberikan ketenangan kepada suami dan menjadi pembantu suami yang ta’at kepada Allah.

Kita ingin melihat ibu-ibu muslimah lagi solehah menjaga anak-anak atas landasan syara’ kerana ibulah sekolah yang pertama bagi anak-anak. Musuh-musuh Islam telah melakukan berbagai-bagai cara dan program untuk merosakkan wanita-wanita Islam. Bila wanita-wanita Islam rosak, tidak lahirkan ibu-ibu yang solehah dan seterusnya tidak lahirlah zuri’at yang soleh, dan seterusnya lagi tidak lahirlah generasi yang soleh. Hakikat ini telah pun berlaku dalam masyarakat kita.

Kita ingin melihat anak-anak muslim dan putera-puteri muslim yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala Menjaga hak-ahak ibu bapa. Bergaul dengan rakan-rakan mereka dengan adab-adab Islam.

Kita ingin melihat rumahtangga muslim yang menjadi contoh yang baik dengan sifat-sifat Islam dan jauh daripada sifat-sifat jahiliyah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

Popular posts from this blog

40 kes lelaki yang tidak layak jadi suami

Warna Pilihan Lambang Peribadi Lelaki

10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami