Posts

Showing posts from October, 2011

Doa bertemu jodoh

Image
Number of View: 0 “Ya Allah, kalau dia memang jodohku, dekatkanlah… Tapi kalau bukan jodohku, Jodohkanlah…. Jika dia tidak berjodoh denganku, maka jadikanlah kami jodoh… Kalau dia bukan jodohku, jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain aku… Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku, jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku… Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh, jodohkanlah kami kembali… Kalau dia jodoh orang lain, putuskanlah! Jodohkanlah dengan ku…. Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain, biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dan kemudian Jodohkan kembali dia dengan ku … “Amin…”.

Kenapa Perempuan Mudah Menangis

Image
Number of View: 0 Note: Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan. Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ib unya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti!” Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.” Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, men...

20 Sebab kenapa Lelaki tak nak kahwin

Image
Number of View: 0 20 SEBAB KENAPA LELAKI TAK NAK KAHWIN 1.”Duit belum cukup lagi”. Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga! 2. “Nak beli kereta dulu baru nak kahwin”. Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. . 3. ” Susah la nak cari yang berkenan dihati”. Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis! 4.”Tak datang seru lagi kot”. Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin. 5.”Banyak sangat halangan”. Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak! 6.”Bel...

Perspektif Jodoh

Image
Number of View: 0 jodoh

Teknik menghadapi malam pertama

Image
Number of View: 0 MALAM pertama adalah satu cabaran jika pasangan berkenaan tidak berpengalaman berasmara. Jika pasangan wanita selama ini menyimpan kesuciannya untuk jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna kepadanya apabila dapat memberi anugerah yang sangat bernilai itu kepada pasangannya dan mereka mengecapi gelora malam berkenaan. Namun, perlu diingatkan kepada wanita supaya tidak perlu takut dengan pelayaran malam pertama kerana ia akan memberi tekanan kepada dirinya dan juga pasangan. Sebaik-baiknya, mereka melayani dengan mengikut gerak hati dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya sentuhan malam pertama berjalan lancar. Seseorang wanita juga perlu bersabar jika tidak disentuh pada malam pertama kerana mungkin pasangan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan diri atau terasa letih dan lesu selepas proses perkahwinan. Jika keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual dilakukan dan sentuhan malam pertama akan berlaku, tetapi pasangan wanita perlu tahu fungsinya a...

Merancang keluarga

Image
Number of View: 0 Jenis-jenis kondom dan cara-cara memilihnya Kondom biasanya diperbuat daripada latex atau polyurethane. Yang paling baik ialah latex kerana ia adalah getah asli jika dibandingkan dengan polyurethane yang berasaskan bahan kimia plastik yang kurang fleksibel. Tetapi bagi mereka yang bersifak allergik kepada latex boleh menggunakan polyurethane. Bagaimana kajian ilmiah menunjukkan kedua-duanya mempunyai ketahanan yang sama daripada pecah jika digunakan dengan betul. Kondom latex hanya boleh digunakan dengan pelincir berasaskan air, bukan minyak seperti vaseline atau krim sejuk kerana ia akan memecahkan latex tersebut. Kenapa perlu guna kondom? Kondom adalah satu caranya yang boleh menolong untuk mengelakkan penyebaran sexually transmitted diseases (STD) seperti HIV dan mencegah kehamilan. Kondom dan pelincirnya (lubricants) seperti KY Jelly selalunya mengandungi spermicide yang dipanggil Nanoxynol 9 yang dikatakan dapat mengelakkan kehamilan dan penyebaran HIV dan juga S...

Bila lelaki betul-betul serius dalam percintaan

Image
Number of View: 0 Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan… Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu… Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah… Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini be...

Tips Perkahwinan

Image
Number of View: 0 TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS 1. KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita. 2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis. 3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah. 4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka. 5. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat. 6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri. 7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG Jangan...

Kesuburan wanita

Image
Number of View: 0 Menentukan Kesuburan Wanita – Mengelakkan Kehamilan dengan mengetahui pusingan kitar haid wanita Wanita menjadi subur sebaik sahaja mencapai akil baligh, iaitu apabila haid pertamanya keluar. Secara purata, kanak-kanak perempuan di Malaysia mencapai akil baligh dalam lingkungan 12 tahun. Tempoh kesuburan berlangsung sehingga usia wanita dalam lingkungan 48 tahun iaitu apabila berlaku putus haid. Dalam jangka masa 36 tahun waktu suburnya itu, wanita akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran sekiranya dia berumahtangga. Setiap wanita yang ingin hamil mestilah subur iaitu dia berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja. Oleh sebab itulah, apabila wanita yang setelah sekian lama mendirikan rumahtangga tetapi masih belum mempunyai anak, harus diperiksa kesuburannya dengan melakukan beberapa ujian dan pemeriksaan tertentu. Ujian dan pemeriksaan ini adalah unutk men...

Kesucian seorang gadis. Dara atau tidak?

Image
Number of View: 0 Pasangan hidup adalah salah satu hal yang amat menentukan terbinanya kehidupan sakinah wa rahmah didalam keluarga. tentunya selain ketaqwaan, nasab (garis keturunan) dan memiliki sedikit harta, kecantikan serta kesucian seorang gadis sangat dianjurkan dan menentukan dalam memilih pasangan. Berikut ada sedikit tips untuk mengetahui seorang gadis yang masih suci. semoga dapat bermanfaat, dan ini adalah tips buat ikhwan-ikhwan yang benar-benar hendak membina rumah tangga, jadi jangan disalahgunakan…Layan… Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan diantaranya: DAHI Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu senggama licinnya hilang, justru yang timbul kedutan (garis-garis) yang kadang nampak kadang tidak ketika bercakap. Kedutan kerana sudah tidak suci, tidak sama dengan kedutan wajah yang dimamah usia. Kedutan suci yang telah hilang, tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak, kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan marah...

Rahsia Seks Lelaki dan Wanita

Image
Number of View: 0 Meskipun bernafsu untuk seks tetapi tidak ramai wanita yang sanggup meluahkan hasrat tersebut. Sifat malu yang menebal dalam diri wanita menyebabkan mereka mengharapkan suami ‘faham-faham’ sendiri kehendak ini. Namun realitinya, sungguhpun lama hidup berumahtangga suami ataupun kaum lelaki kadangkala masih tidak dapat meneka bila isteri mahukan hubungan seks. Para suami, jangan biarkan ini berlaku, baca artikel di bawah untuk mengetahui bila situasinya isteri menginginkan hubungan seks. BILA BERJAUHAN DENGAN PASANGAN Apabila suami meninggalkan isteri berhari-hari untuk ke luar daerah, masa tidur di ranjang bersendirianlah yang akan membangkitkan ghairah isteri untuk berjimak. Ketika ini isteri mungkin akan teringat-ingat waktu dirinya sedang bermesra dengan suami, yang seterusnya akan membuatkan nafsunya untuk seks membuak-buak. Tidak hairanlah bila suami pulang, isteri akan melakukan sesuatu yang akan membawa suami mereka terus ke ranjang. WAKTU SUBUR Setiap wanita p...

Tip Menghilangkan Love Bite

Image
Number of View: 0 Tentunya anda tidak mahu “love bite” menjadi bahan gurauan teman di pejabat dengan pelbagai gelaran, membuatkan anda seolah-olah fobia setiap kali pasangan anda mahu mencium anda terutama di leher. Takut digigit…! Ini ada cara dan petua untuk menghilangkan gigitan love bite. 1) Ambil sebutir panadol, hancurkan dengan sedikit air. Sapu pada tempat yg mempunyai bekas gigitan dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan dgn air seperti biasa. 2) Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata (eyeMo) di bahagian tersebut. Biarkan utk seketika. 3)Sapukan beberapa ketul ais batu di leher anda sehingga kesan gigitan semakin hilang. 4) Jika cara ini tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih pula. Ambil seulas bawang putih dan belah dua. kemudian gosokkan perlahan-lahan pd bahagian berkenaan sehingga pudar kesannya.

Cara berjimak mengikut islam

Image
Number of View: 0 Masa Berjimak Untuk Mendapatkan Zuriat Sempurna Sabda Rasullah s.a.w. “Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s” 1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis. 2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah. 3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan. 4. Jangan berjimak pada pertengahan nisfu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya. 5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta. 6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika Allah mengurniakan anak ia a...

12 Kesilapan ketika Berjimak

Image
Number of View: 0 1. TIDAK BERCUMBU TERLEBIH DULU Menurut kajiselidik, 79% dari lelaki Malaysia suka seks spontan (gaya koboi atau seks ekspres). Isteri berharap agar suami mencumbu bibirnya terlebih dulu, bukan tempat lain. Ambil masa untuk bercumbu dengan secukupnya. 2. MENIUP TELINGA DENGAN TERLAMPAU Sepatutnya tiup secara perlahan-lahan. Itu akan mampu membangkitkan rasa berahi. Jangan lakukan seperti meniup lilin harijadi kerana itu akan menyakitkan telinganya. 3. TIDAK BERCUKUR Muka lelaki yang tidak bercukur dirasa seperti duri landak oleh isterinya,apatah lagi selepas itu mukanya akan merayap pula ke serata tubuh hingga ke peha. Janganlah rasa seronok melihat isteri memusingkan kepalanya ke kiri atau kanan, itu bukan kerana ghairah tapi untuk mengelakkan kulit mukanya yang halus itu dari dicucuk duri landak. 4. MEMICIT PAYUDARA Ramai lelaki memperlakukan isterinya seperti surirumah menggunakan kedua-dua tangannya memicit tembikai untuk tahu sama ada ia sudah masak atau tidak. A...

Tips Untuk Hamil

Image
Number of View: 0 Beberapa Tips Untuk Hamil 1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual :- Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi. 2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual :- Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga...

Hubungan kelamin semasa mengandung

Image
Number of View: 0 SAYA berumur 32 tahun dan menanti kelahiran anak pertama. Usia kandungan isteri saya kini enam bulan dan oleh kerana masih dalam mood bulan madu, kami kerap melakukan hubungan kelamin. Seperti biasa, isteri saya tiada masalah dan tidak pernah mengadu sakit sewaktu mengadakan hubungan intim. Saya mohon pandangan mengenai kesan hubungan intim ketika kehamilan, baik kepada isteri saya mahupun kandungannya. MUHSID Kangar, Perlis Hubungan intim suami isteri adalah cara memastikan kehamilan berlaku. Ia sememangnya tidak menjejaskan kandungan atau memberi masalah kesihatan kepada wanita. Anggota kelamin lelaki dan wanita adalah satu-satunya anugerah tuhan kepada manusia untuk melakukan hubungan seksual dan mendapatkan zuriat. Ia boleh digunakan pada bila-bila masa saja asalkan kedua-dua pihak tidak mengalami masalah kesihatan dan mampu melakukannya. Perlu diketahui, segelintir wanita lebih seronok melakukan hubungan intim sebelum hamil dan ada pula yang seronok ketika hamil....

Teknik merangsangkan wanita

Image
Number of View: 0 Cara-cara merangsang wanita (dengan cumbuan) Cumbu rayu sebelum bersetubuh adalah suatu usaha membangkitkan nafsu berahi wanita agar bersiap-sedia untuk mencapai kenikmatan bersama dalam bersetubuh. Kenikmatan itu dapat dicapai oleh suami isteri bilamana nafsu berahi keduanya telah memuncak dan kemudian disusuli dengan memasukkan zakar ke dalam liang faraj (liang kemaluan). Hendaklah ingat bahawa seksual wanita adalah sangat dalam dan lebih luas dari lelaki. Dapat dikatakan seluruh tubuh wanita merupakan sasaran seksual iaitu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Jadi daerah-daerah erogen (bahagian-bahagian tubuh yang sensitif pada rangsangan) wanita sangat luas tersebar di seluruh tubuh, bibir, tengkuk, daun telinga, buah dada, leher dan masih banyak lagi yang luar biasa perasanya, semua mudah dirangsang. Oleh kerana letaknya yang tersebar dan kompleks, maka nafsu berahi wanita lambat timbul sehingga ia perlu dibangunkan lebih dahulu sebelum senggama (bersetubuh)...

Isteri tidak puas

Image
Number of View: 0 Saya seorang wanita berstatus isteri berusia 30 an bekerja dalam sektor perbankan dan suami berusia akhir 30 an, dia seorang eksekutif pemasaran, kami mempunyai dua orang anak, lelaki dan perempuan, Sepanjang tujuh tahun perkahwinan, saya tidak menikmati kebahagiaan dan kenikmatan dalam hubungan suami isteri. “Kami sentiasa sibuk dengan urusan sendiri, hinggakan tidak ada ruang waktu untuk kami bersenda gurau. Suami tidak begitu memperdulikan saya dan urusan rumah tangga. Suami saya kurang memberi perhatian kepada saya terutamanya dalam hubungan komunikasi, kewangan, kasih sayang dan masa. Segala-gala urusan rumah tangga tergalas di bahu saya. “Kini kami saling menyayangi dan saya rasa bahagia kerana dia sentiasa mengambil berat dan memahami masalah saya, tetapi sampai bila hubungan kami akan berakhir saya sendiri tidak tahu ” Bukan seorang dua wanita yang menghadapi masalah seperti cerita wanita di atas, tetapi ramai isteri mengakui bahawa mereka bos...

Khasiat peluk isteri

Image
Number of View: 0 Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata,fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. “Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. “Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini. Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jel...

Rahsia Seks Lelaki

Image
Number of View: 0 Lelaki mempunyai rahsia-rahsia seks yang amat sukar untuk diluahkan pada wanita tetapi mereka berharap agar wanita mengetahui rahsia-rahsia tersebut. Apabila lelaki mendakap atau mencium isterinya itu tidak bererti bahawa lelaki itu mahu melakukan seks, itu adalah tanda sayang. Secara Umumnya terdapat 4 rahsia yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu isterinya berkaitan seks. 1. Lelaki Bukanlah Hanya mahu Jimak Kadangkala apa yang lelaki mahu hanyalah dakapan, ciuman dan perbualan. Lelaki faham bahawa kemesraan fizikal tidak berakhir dengan jima’ adalah bahagian yang penting dalam hubungan mesra suami isteri. Ada pula lelaki mahu rasa dipentingkan oleh pasangannya, melakukan jima’ semata-mata tidak cukup untuk sebilangan besar lelaki. 2. Cinta Kasih Faktor Penting Kegembiraan Seksual Lelaki Berkongsi hidup dengan isteri yang benar-benar kenal dan cinta adalah dambaan lelaki. Dengan isteri seperti ini lelaki akan rasa selamat, diterima dan di cintai. Kadang-kadang...

Pesanan untuk suami-suami

Image
Number of View: 0 1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. 2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin. 3. Jangan sekali – kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.. 4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. 5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. 6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-rela...