Skip to main content

Seks dalam perkahwinan

Number of View: 0

“Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam,
maka kerjakan tanah tempat bercucuk tanam itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan lakukan (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kelak kamu akan menemuiNya. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman”.

(Al Quran, Surah Al Baqarah Ayat 223)

Pentingnya seks dalam perkahwinan adalah digambarkan saperti maksud surah diatas. Dan juga membawa kepada beberapa akibat buruk jika tidak dipenuhi. Terjadinya kes-kes penceraian kebanyakan disebabkan kurang berperanannya seks dalam rumahtangga.

Jadi tegasnya seks mempunyai peranan penting dalam perkahwinan, baik untuk menyalurkan libido seksual manusia ataupun untuk mendapat keturunan. Oleh sebab itu kalau kehidupan seks tidak dihormati dan diperhatikan dalam perkahwinan maka perkahwinan itu kehilangan dasar ghairah.

Dari sudut seks, perkahwinan merupakan suatu bentuk tanggungjawab manusia terhadap akibat-akibat nafsu berahi.

Perkahwinan pada dasarnya adalah suatu bentuk aktiviti seks yang bertanggungjawab serta halal kerana dalam perkahwinan telah ditetapkan ketentuan-ketentuan yang harus dipatuhi oleh suami isteri, terutamanya dalam bidang seksual yang memang merupakan hajat utama dalam perkahwinan.

Ternyata, ramai orang yang kurang menyedari tentang hal ini, baik
dari pihak suami atau isteri, bahkan kadang-kadang kedua-duanya. Yang lebih teruk kalau kesedaran itu tidak wujud dari salah satu pihak.

Yang satu mengkehendaki agar kehidupan seksnya dapat dipenuhi sepuas-puasnya, sedang yang satu lagi kurang menyedari keperluan lawannya. Sehingga terjadilah penyelewengan seksual. Bila keadaan sudah demikian, tidak mungkin suami isteri dapat membina rumahtangga dengan baik dan harmonis.

Juga terdapat kehidupan suami isteri di mana kedua-duanya sedar dan faham akan erti seks dalam perkahwinan.

Akan tetapi dari salah satu pihak kadang-kadang terlalu ego, mementingkan kepuasan sendiri tanpa mempedulikan keperluan lainnya. Biasanya hal demikian ini selalu dilakukan oleh pihak suami.

Cinta seseorang lelaki itu ingin selalu memonopoli. Kerana seks itu
adalah bahagian utama dari percintaan, maka monopoli di bidang seks
tetapi menjadi hajat suami. Akhirnya lalai memikirkan keperluan seks
isterinya, suami bertindak menurut kemahuannya sendiri untuk
memperoleh kepuasan.

Isteri hanya mahu menanti dan bahkan tidak pernah diberi peluang
untuk mencapai kepuasan. Tentu terjadi gejolak, bila menimpa isteri
yang kebetulan agak lemah imannya, mungkin akan melakukan perbuatan tidak bermoral seperti melakukan perzinaan dengan lelaki lain yang sanggup memberi kepuasan seks kepadanya. Atau si isteri tunjukkan rasa sakit hatinya itu dengan suka marah-marah, mudah tersinggung, sakit-sakitan dan sebagainya.

Apa yang dikemukan agar mendapat perhatian para suami, betapa pentingnya peranan seks dalam perkahwinan. Betapa pun kuatnya rasa cinta tapi kalau sifat egoisme ini tetap tidak bisa dihilangkan tentu akan membawa kesuraman dalam perkahwinan. Jadi harus ada keseimbangan dari suami isteri di mana mereka secara bersama bertanggungjawab memberi kepuasan.

Firman Allah Taala yang bererti:

“Mereka itu (isteri) adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka”.

(Al Quran,Surah Al-Baqarah Ayat 187)

Dari ayat itu memberi penjelasan bahawa suami dan isteri mempunyai tanggungjawab yang sama dan seimbang di dalam bidang seks. Kalau suami mahu kepuasan seks, begitu juga isteri tentu mempunyai keinginan yang sama.

Sebagaimana dalam surah Al-Baqarah, ayat 223, maka isteri diumpamakan sebagai kebun tempat bertanam. Lazimnya petani tentu tidak mahu menggarap kebunnya dengan membuta tuli. Tentu dirawat dan dipeliharanya dengan baik agar hasilnya memuaskan.

Begitu juga seorang isteri ia pun wajib diperhatikan. Keperluannya harus dipenuhi menurut kemampuan termasuk dalam masalah seks.

Sehingga di dalam permainan seks isteri tidak tergolek (sendirian),
di tempat pembaringan dengan sinar matanya yang sayu kerana memendam kekecewaan.

Sedang di pihak suami dengan kesedapan telah tidur berdengkur di samping isterinya kerana hajat seksualnya telah dipenuhi sepuas-puasnya.

Andaikata isteri yang mengabaikan tuntutan suaminya dalam masalah seks, tentu si suami di mana setiap harinya bekerja kuat menanggung keluarga, pastilah mengharapkan layanan yang istimewa dalam erti tidak dikecewakan.

Dorongan seks yang datangnya tiba-tiba memerlukan layanan isteri. Ia harus pandai menghiaskan dirinya sehingga suaminya tidak merasa bosan. Apatah lagi pada malam hari di mana waktu malam adalah waktu yang paling baik untuk melakukan hubungan seks.

Sekiranya hal-hal seperti ini diabaikan, tidak aneh jika suami selalu
beralih pandangan kepada wanita lain untuk menyalurkan keperluan seksnya. Apalagi kalau kebetulan suami itu kurang kuat dalam memegang hukum agama, mungkin melakukan zina.

Sebuah hadis menyatakan:

“Jabir berkata: “Kami bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. dalam suatu peperangan. Ketika kami kembali ke Madinah, kami hendak masuk (ke rumah-rumah kami). Maka beliau bersabda: “Sabarlah, sampai masuk malam, agar isteri berhias dari kusut masai dan berdandan (berhias) perempuan yang (lama) dtinggalkan oleh suaminya.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari hadis di atas memberi pengajaran iaitu:

a) Ketika pulang dari berpergian yang lama pada waktu malam, janganlah tergesa-gesa masuk ke dalam rumah. Larangan ini dapat dimaklumi kerana pada waktu malam boleh menimbulkan kecurigaan. Atau juga untuk menghindarkan kecurigaan dari suami bila menemui hal-hal yang di luar kebiasaan perilaku isterinya sehari-hari.

b) Berilah kesempatan kepada isteri agar berhias diri sewaktu menyambut kedatangan suaminya. Ini bererti suatu perintah agar para isteri itu supaya bersiap sedia menerima hajat suami dalam keadaan memuaskan dipandang mata, iaitu dengan berhias diri. Perpisahan yang agak lama antara suami isteri membuatkan kerinduan keduanya terutama bagi suami. Agar supaya kerinduan itu dapat terubat maka sudah seharusnya isteri berdandan untuk menarik perhatian suaminya melampiaskan kerinduan seksnya.

Jelaslah Islam membimbing umatnya antara lain agar suami dan isteri
memberikan layanan yang baik dalam bidang seksual.

Sebab betapa pun banyak tujuan-tujuan yang baik dan murni orang melaksanakan perkahwinan, akan tetapi tujuan seksuallah yang sangat menonjol. Oleh kerana itu peranan seks dalam perkahwinan janganlah diabaikan.

Suami isteri wajib menjunjung tinggi peranan seks dalam perkahwinan,
kalau keduanya tidak ingin perkahwinannya mengalami kegagalan. Saling memberikan kepuasan dalam bidang seksual antara suami dan isteri adalah langkah yang baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Warna Pilihan Lambang Peribadi Lelaki

Number of View: 0   Putih Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia symbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Lelaki yang gemarkan warna putih amat gemarkan kebersihan dan dia begitu menitikberatkan soal kekemasan diri. Anda yang sukakan warna bersih ini juga seorang yang cermat dalam pelbagai hal. Merah Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan kemarahan. Merah Jambu Ia adalah gabungan warna merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan kerana itu lelaki yang gemar warna ini, biasanya berjiwa lembut dan penuh kasih saying yakni romantis. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan. Oren Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan da...

40 kes lelaki yang tidak layak jadi suami

Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama 2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian. 3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya. 4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun d...

Penyakit-penyakit yang sering dihidapi oleh LELAKI

Number of View: 0 LAPORAN tahunan dari Hospital Universiti di Petaling Jaya mengenal pasti bahawa penyakit jantung mendahului senarai bilangan kematian setiap tahun berbanding penyakit-penyakit lain. Bilangan pesakit jantung semakin meningkat 5% dari tahun 1991 sehingga 1992. Selain dari penyakit jantung, terdapat enam penyakit lain yang sering mengancam lelaki dan menyebabkan kematian. Antaranya adalah barah, bush pinggang, tyroid dan kencing manis. Sesetengah penyakit serius ini boleh dirawat dan disembuhkan jika mendapat rawatan awal. Lelaki disarankan membuat pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun memandangkan terdapat penyakit yang tidak dapat dikesan,tanpa pemeriksaan doktor. Pengamalan hidup yang sihat membantu lelaki dari penyakit- penyakit bahaya. Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor untok kepastian. PENYAKIT JANTUNG Awas! Penyakit ini juga menjadi pembunuh nombor satu lelaki selain daripada kemalangan di jalan raya...