Skip to main content

Suntikan cegah kehamilan ada kesan sampingan

Number of View: 0

PADA 9 Februari 2010, saya melahirkan anak pertama dan tanpa mengambil sebarang kaedah perancang keluarga, saya hamil lagi. Lalu pada 29 April 2011, saya melahirkan anak kedua.

Pada 13 Ogos lalu pula, saya cuba merancang dengan mengambil suntikan tiga bulan sekali di klinik swasta, atas desakan rakan dan ibu mentua supaya menjarakkan kehamilan.

Pada masa menerima suntikan, saya sudah habis haid iaitu pada hari kelapan.

Pada 1 September lalu, saya haid tanpa henti sehingga pertengahan bulan September, kemudian ia berhenti selama lapan hari dan keluar darah semula sehingga Oktober tanpa henti.

Saya bimbang mengenai perkara ini sedangkan selama ini sewaktu sebelum berkahwin sehingga lahir anak kedua, haid saya normal setiap bulan iaitu antara lima hingga tujuh hari.

Doktor memberikan saya pil untuk menambah darah, Ponston serta pil darah beku.
Saya makan pil sehingga habis, tetapi pendarahan belum berhenti.

Saya pergi sekali lagi ke klinik dan doktor memberikan saya pil Progyluton (atas penerangan doktor, pil ini untuk membetulkan semula hormon dan haid saya).

Seminggu selepas mengambil pil terbabit, pada hari kelapan hingga 11 saya terlupa untuk makan kerana pil tertinggal di pejabat. Pada hari ke-11, pendarahan kembali yang saya anggap haid.

Apabila mula bekerja, saya terus mengambil pil terbabit, tetapi pendarahan saya tetap keluar sehingga pil habis dan sehingga hari ini, saya masih mengalami pendarahan.

Saya amat tertekan dan rimas dengan masalah ini. Badan saya pun amat letih kerana setiap hari darah keluar dengan banyak dan saya bimbang untuk mengambil apa-apa kaedah perancang kehamilan di masa hadapan.

Adakah saya perlu membiarkan dahulu perkara ini untuk beberapa bulan lagi (sehingga hormon saya kembali normal) atau saya perlu merujuk kepada doktor pakar? Adakah badan saya tidak sesuai untuk kaedah suntikan ini?

NADIA,
Johor Bahru, Johor.

SEKIRANYA anda belum menjalani pemeriksaan doktor pakar sebelum ini, eloklah anda berbuat demikian sekarang.

Suntikan depo hormon pencegah kehamilan boleh mendatangkan kesan sampingan sedemikian, namun beberapa penyakit termasuk penyakit berbahaya juga boleh memberikan kesan sampingan yang sama.

Sekiranya anda didapati tidak mempunyai penyakit berkaitan, doktor lazimnya akan menyandarkan ia kepada kesan sampingan ubat sahaja.

Bagaimanapun, memandangkan pendarahan kerap atau berterusan ini memberi kesan terhadap kesihatan am anda akibat kekurangan darah, eloklah anda berbincang semula dengan doktor anda sama ada untuk meneruskannya atau menggunakan kaedah yang lain.

Setiap wanita menunjukkan keserasian berbeza terhadap kesan sampingan sesuatu kaedah pencegah kehamilan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Warna Pilihan Lambang Peribadi Lelaki

Number of View: 0   Putih Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia symbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Lelaki yang gemarkan warna putih amat gemarkan kebersihan dan dia begitu menitikberatkan soal kekemasan diri. Anda yang sukakan warna bersih ini juga seorang yang cermat dalam pelbagai hal. Merah Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan kemarahan. Merah Jambu Ia adalah gabungan warna merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan kerana itu lelaki yang gemar warna ini, biasanya berjiwa lembut dan penuh kasih saying yakni romantis. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan. Oren Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan da...

40 kes lelaki yang tidak layak jadi suami

Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama 2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian. 3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya. 4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun d...

Penyakit-penyakit yang sering dihidapi oleh LELAKI

Number of View: 0 LAPORAN tahunan dari Hospital Universiti di Petaling Jaya mengenal pasti bahawa penyakit jantung mendahului senarai bilangan kematian setiap tahun berbanding penyakit-penyakit lain. Bilangan pesakit jantung semakin meningkat 5% dari tahun 1991 sehingga 1992. Selain dari penyakit jantung, terdapat enam penyakit lain yang sering mengancam lelaki dan menyebabkan kematian. Antaranya adalah barah, bush pinggang, tyroid dan kencing manis. Sesetengah penyakit serius ini boleh dirawat dan disembuhkan jika mendapat rawatan awal. Lelaki disarankan membuat pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun memandangkan terdapat penyakit yang tidak dapat dikesan,tanpa pemeriksaan doktor. Pengamalan hidup yang sihat membantu lelaki dari penyakit- penyakit bahaya. Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor untok kepastian. PENYAKIT JANTUNG Awas! Penyakit ini juga menjadi pembunuh nombor satu lelaki selain daripada kemalangan di jalan raya...