Posts

Showing posts from December, 2011

Rahsia Tahi Lalat

Image
Number of View: 0 RAHSIA TAHI LALA: 1. Bibir atas kanan – Banyak rezeki, pandai 2. Bibir atas kiri – Ramai kawan, baik hati 3. Bibir bawah kanan – Disegani orang, ramai yang suka 4. Bibir bawah kiri – Pandai bicara, tak mudah kalah [x] 5. Leher kanan – Cerdas, jujur, berani menderita [x] 6. Leher kiri – Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan 7. Leher di tengah – Tercapai cita-cita 8. Biji mata kanan – Suka serong dan pembohong 9. Biji mata kiri – Pembohong tetapi baik hati 10. Hujung mata kanan – Baik hati, sopan santun, cerdas 11. Hujung mata kiri – Baik budi, murah rezeki 12. Punggung kanan – Agak mengalami kesulitan [x] 13. Punggung kiri – Malas dan suka duduk [x] 14. Betis kanan – Suka berhibur, boros 15. Betis kiri – Rajin, tidak suka menganggur 16. Lutut kanan – Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha 17. Lutut kiri – Kurang kuat berusaha 18. Kepala sebelah kanan ...

Hubungan kelamin waktu pagi

Image
Number of View: 0 Salah satu kebanyakan perbezaan antara lelaki dan wanita adalah lelaki suka melakukan hubungan kelamin diwaktu pagi, sementara wanita suka menyimpannya untuk waktu malam. Ini adalah disebabkan lelaki mengalami ‘nocturnal penile tumescence’ (NPT). Maknanya ialah, lelaki semasa waktu tidurnya, mengalami tiga ke lima kali ereksi terpacak (zakar). Kami menggelarnya sebagai “kemegahan pagi”. Apa jua gelaran yang diberi, bangun pagi dalam keadaan terpacak adalah alasan yang bagus untuk untuk memulakan tindakan waktu pagi. Yang kurang bernasib baiknya, keinginan hubungan kelamin adalah kurang bagi wanita pada saat membuka matanya. Tetapi, jika anda pandai memujuk sidia, kemungkinan besar sidia akan merelakannya. Bersiap sedia pada malam sebelumnya Jika anda ada merancang tidak mahu untuk bangun pagi selagi tidak melakukan hubungan kelamin, anda perlu buat persediaan awal sebelum masuk tidur pada malam tersebut. Simpan sedikit ‘mint’ penyegar bau mulut berdekatan dengan anda ...

Kaedah merancang keluarga

Image
Number of View: 0 SAYA mempunyai anak berusia 10 bulan dan ingin mengetahui kaedah merancang keluarga yang tidak mengganggu penghasilan susu. Buat pengetahuan doktor saya masih menyusukan bayi. Ada yang mengatakan kaedah pil boleh menyebabkan kanser payudara. Adakah kaedah lain yang sesuai untuk saya? NURUL, Puchong, Selangor. ANDA boleh memilih kaedah tidak berhormon seperti alat dalam rahim (IUD) ataupun kaedah berhormon progestin seperti implan, suntikan depo, pil progestin saja dan alat dalam rahim berprogestin. Kaedah pil berhormon kombinasi estrogen dan progestin sebaliknya diketahui mengurangkan risiko penyakit benign payudara dan mengurangkan risiko kanser ovari sebanyak 50 peratus. Namun, ia mengurangkan penghasilan susu badan.

Tips menjadi orang cemerlang

Image
Number of View: 0 1. Sediakan waktu khusus untuk membaca, memikirkan dan mengkaji bacaan anda. Bacaan sebaiknya diperluas dari sekadar bidang ilmu atau pekerjaan yang kita lalui semata. Meski hanya satu kata, berusahalah menyerap informasi baru. Sistematikkan cara berfikir dengan aktif, dan ia akan dapat terbentuk melalui bacaan yang terus menerus dan istiqamah. Jangan takut berkorban untuk membeli bahan bacaan yang bermanfaat, wujudkanlah mini library di rumah atau pejabat anda. 2. Khususkan waktu tertentu untuk menyendiri dan merenung sekitar 15 minit sehari. Waktu paling tepat sebelum subuh. Dengan duduk rileks, nafas teratur dan mata terpejam renungkanlah sesuatu tanpa perlu ada ‘judulnya’. Disertai dzikir lebih baik. 3.Pertahankan stamina spiritual anda melalui ibadah yang rutin. Seperti minima qiyammulail 4X seminggu, puasa sunnah 3X sebulan, solat berjamaah, membaca Al Qur’an 5 lembar sehari, dzikir pagi dan petang hari (mathurat) dan sebagainya. 4. Jagalah keadaan fizikal anda ...

Apa yang anda perlu ketahui tentang selaput dara

Image
Number of View: 0 Sebagai seorang wanita kita sering mendengar tentang istilah selaput dara. Sayangnya, pengetahuan kita terhadap perkara tersebut amat terbatas. Malah ada kalahnya ia lebih banyak dipengaruhi oleh mitos berbanding fakta sebenar. Agar tidak terkeliru dengan mitos yang diuar-uarkan, fahamilah informasi di bawah ini. APA ITU SELAPUT DARA ?? Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seora...

Jangan bersedih.. La Tahzan

Image
Number of View: 0 JANGAN BERSEDIH Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda.. Tapi sedihlah kerana anda tidak mau memahami orang lain. Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda.. Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri. Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda.. Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan. Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda.. Tapi sedihlah kerana anda tidak bisa menghargai orang lain. Jangan sedih bila orang lain menghina anda.. Tapi sedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri. Jangan sedih bila orang lain memaki anda.. Tapi sedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain. Jangan sedih orang selalu mengritik kita.. Tapi sedihlah kerana anda tak pernah mau perbaiki diri. Jangan sedih kerana anda selalu jatuh.. Tapi sedihlah kerana anda tak mau bangkit kembali. Jangan sedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir.. Tapi sedihlah kerana anda tak pernah belajar dari pengalaman. INGATLAH.. Kun...