Skip to main content

Sukar dapat anak kedua selepas guna perancang keluarga

Number of View: 0

SUKAR DAPAT ANAK KEDUA
Soalan

SAYA mempunyai seorang anak yang lahir pada tahun pertama perkahwinan saya. Selepas itu, saya dan isteri merancang keluarga menggunakan kondom. Pada tahun keempat, kami bercadang mendapatkan seorang lagi cahaya mata.

1046962028366653720_1930726913Namun, setelah setahun setengah mencuba kami masih gagal. Buat pengetahuan doktor, aktiviti seks kami tiada masalah dan berjalan seperti biasa.

Kami sudah berjumpa doktor dan diberitahu isteri saya sihat (mengalami ovulasi) tetapi masalah adalah di pihak saya.

Doktor mengatakan jumlah sperma saya tidak cukup dan saya diberi pil herba Tribestan keluaran Sopharma untuk meningkatkan bilangan ‘Motility Spermatozoa’.

Untuk melihat kesannya, saya dinasihatkan memakan pil itu dua hari sekali selama enam bulan.

Soalan saya ialah, apa menyebabkan jumlah Motility Spermatozoa saya tidak cukup dan apakah cara lain yang lebih berkesan untuk saya mendapatkan anak? Selain itu, apakah kesan pengambilan pil ini?

ADAN
Kepong

Jawapan

ZURIAT ialah anugerah Tuhan dan hanya Dia yang maha mengetahui masalah sebenar dan dapat mengatasinya jika Dia izinkan.

Justeru, sambil berjumpa doktor untuk berusaha merancang anak kedua, anda suami isteri perlu sentiasa berdoa supaya hajat anda tercapai.

Mengikut maklumat, isteri anda dapat menghasilkan telur. Hanya anda mempunyai sperma yang kurang mantap dan mungkin kurang aktif.

Sehubungan itu, ada beberapa perkara yang anda perlu amalkan sebelum mencuba ubat atau herba penyubur.

Jika merokok, berhenti terus kerana bahan dalam asap rokok menekan kilang sperma dan mengakibatkan sperma kurang aktif serta tidak berbentuk normal.

Anda perlu memakai seluar dalam longgar supaya buah zakar tidak berada dalam suasana kepanasan.

Dalam kepanasan, kilang sperma akan menjadi kurang aktif dan sperma mudah kelihatan ‘letih’ atau tidak aktif.

Teruskan makan Tribestan. Ia bukan ubat, tetapi herba yang didapati dapat membantu mengaktifkan kilang sperma dan sel Sertoli dan sel Leydig untuk pemantapan sperma.

Herba ini tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan.

Jika dalam masa enam bulan, keadaan masih tidak berubah, anda perlu berjumpa semula pakar sakit tuan untuk ‘second opinion’ (pandangan sekali lagi).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Warna Pilihan Lambang Peribadi Lelaki

Number of View: 0   Putih Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia symbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Lelaki yang gemarkan warna putih amat gemarkan kebersihan dan dia begitu menitikberatkan soal kekemasan diri. Anda yang sukakan warna bersih ini juga seorang yang cermat dalam pelbagai hal. Merah Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan kemarahan. Merah Jambu Ia adalah gabungan warna merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan kerana itu lelaki yang gemar warna ini, biasanya berjiwa lembut dan penuh kasih saying yakni romantis. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan. Oren Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan da...

40 kes lelaki yang tidak layak jadi suami

Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama 2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian. 3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya. 4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun d...

Penyakit-penyakit yang sering dihidapi oleh LELAKI

Number of View: 0 LAPORAN tahunan dari Hospital Universiti di Petaling Jaya mengenal pasti bahawa penyakit jantung mendahului senarai bilangan kematian setiap tahun berbanding penyakit-penyakit lain. Bilangan pesakit jantung semakin meningkat 5% dari tahun 1991 sehingga 1992. Selain dari penyakit jantung, terdapat enam penyakit lain yang sering mengancam lelaki dan menyebabkan kematian. Antaranya adalah barah, bush pinggang, tyroid dan kencing manis. Sesetengah penyakit serius ini boleh dirawat dan disembuhkan jika mendapat rawatan awal. Lelaki disarankan membuat pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun memandangkan terdapat penyakit yang tidak dapat dikesan,tanpa pemeriksaan doktor. Pengamalan hidup yang sihat membantu lelaki dari penyakit- penyakit bahaya. Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor untok kepastian. PENYAKIT JANTUNG Awas! Penyakit ini juga menjadi pembunuh nombor satu lelaki selain daripada kemalangan di jalan raya...