Suami jarang berkomunikasi punca hubungan kelamin hambar
Number of View: 0 SUAMI JARANG BERKOMUNIKASI Soalan SAYA baru memasuki tahun ketiga berumahtangga dan sekarang mempunyai seorang cahaya mata perempuan. Masalah saya dan suami ialah, kami jarang berkomunikasi dan saya rasa itu antara punca hubungan seksual kami hambar. Saya jenis yang suka berbual, manakala suami pendiam dan tidak suka ditanya sama ada hal kerja atau seharian. Saya mula berasa kenapa saya mesti layan ‘kehendak’ dia, sedangkan dia tidak melayan saya berbual. Dia juga tidak faham ketidakselesaan saya ketika ‘bersama’ kerana dia tidak mahu berbincang mengenainya. Sekarang dia sering merungut untuk tidak mempedulikan saya jika saya tidak mahu ‘melayannya’. Macam mana saya hendak melayan jika dia hanya tahu berseronok tanpa mempedulikan kehendak saya? IBU AZI Klang, Selangor Jawapan Saya pasti puan dan suami menjalani kursus praperkahwinan yang mandatori itu. Mungkin puan dan suami perlu mengimbas semula setakat mana maklumat serta tunjuk a...