Skip to main content

Suami jarang berkomunikasi punca hubungan kelamin hambar

Number of View: 0

SUAMI JARANG BERKOMUNIKASI
Soalan

SAYA baru memasuki tahun ketiga berumahtangga dan sekarang mempunyai seorang cahaya mata perempuan. Masalah saya dan suami ialah, kami jarang berkomunikasi dan saya rasa itu antara punca hubungan seksual kami hambar.

1046908541628967220_1930726913Saya jenis yang suka berbual, manakala suami pendiam dan tidak suka ditanya sama ada hal kerja atau seharian. Saya mula berasa kenapa saya mesti layan ‘kehendak’ dia, sedangkan dia tidak melayan saya berbual.

Dia juga tidak faham ketidakselesaan saya ketika ‘bersama’ kerana dia tidak mahu berbincang mengenainya. Sekarang dia sering merungut untuk tidak mempedulikan saya jika saya tidak mahu ‘melayannya’. Macam mana saya hendak melayan jika dia hanya tahu berseronok tanpa mempedulikan kehendak saya?

IBU AZI
Klang, Selangor

Jawapan

Saya pasti puan dan suami menjalani kursus praperkahwinan yang mandatori itu. Mungkin puan dan suami perlu mengimbas semula setakat mana maklumat serta tunjuk ajar daripada kursus itu dapat membantu mengatasi masalah yang dihadapi.

Ini mungkin satu daripada kelemahan kursus kerana tiada susulan selepas berkahwin. Mungkin puan dan suami tidur ketika kursus itu. Ini biasa berlaku kerana ketika itu kedua-dua hanya seronok untuk berumahtangga dan dapat sijil sudah mencukupi.

Puan dan suami perlu sedar, anda berdua perlu berbaik semula dan jangan gunakan hubungan seksual sebagai benda untuk dipertarungkan.

Sikap memang sukar hendak diubah, tetapi dengan kebijaksanaan puan, benda yang keras itu dapat dilemahkan.

Itu kelemahan lelaki. Jika masih buntu juga, elok jumpa doktor atau kaunselor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Warna Pilihan Lambang Peribadi Lelaki

Number of View: 0   Putih Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia symbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Lelaki yang gemarkan warna putih amat gemarkan kebersihan dan dia begitu menitikberatkan soal kekemasan diri. Anda yang sukakan warna bersih ini juga seorang yang cermat dalam pelbagai hal. Merah Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan kemarahan. Merah Jambu Ia adalah gabungan warna merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan kerana itu lelaki yang gemar warna ini, biasanya berjiwa lembut dan penuh kasih saying yakni romantis. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan. Oren Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan da...

40 kes lelaki yang tidak layak jadi suami

Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama 2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian. 3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya. 4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun d...

Penyakit-penyakit yang sering dihidapi oleh LELAKI

Number of View: 0 LAPORAN tahunan dari Hospital Universiti di Petaling Jaya mengenal pasti bahawa penyakit jantung mendahului senarai bilangan kematian setiap tahun berbanding penyakit-penyakit lain. Bilangan pesakit jantung semakin meningkat 5% dari tahun 1991 sehingga 1992. Selain dari penyakit jantung, terdapat enam penyakit lain yang sering mengancam lelaki dan menyebabkan kematian. Antaranya adalah barah, bush pinggang, tyroid dan kencing manis. Sesetengah penyakit serius ini boleh dirawat dan disembuhkan jika mendapat rawatan awal. Lelaki disarankan membuat pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun memandangkan terdapat penyakit yang tidak dapat dikesan,tanpa pemeriksaan doktor. Pengamalan hidup yang sihat membantu lelaki dari penyakit- penyakit bahaya. Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor untok kepastian. PENYAKIT JANTUNG Awas! Penyakit ini juga menjadi pembunuh nombor satu lelaki selain daripada kemalangan di jalan raya...