Posts

Showing posts from November, 2012

Pelayaran orang Gemuk

Image
Number of View: 0 ‘PELAYARAN’ ORANG GEMUK ADA anggapam kononnya hubungan seks antara pasangan gemuk adalah mustahil. Ini mungkin pendapat mereka yang tidak gemuk! Namun, hakikatnya saiz tidak ada kaitan dengan ‘pelayaran’ yang menyeronokkan di dalam seks. Malah, dalam tamadun purba yang menganggap kegemukan suatu ketrampilan yang sinonim dengan kejelitaan dan keindahan serta melakukan hubungan seksual dengan pasangan yang gemuk amat menyeronokkan. Pernah mendengar kisah Raja Inggeris Edward ke-VIII yang amat gemuk sehingga terpaksa mendapatkan bantuan peralatan untuk menggantungkan isterinya supaya dapat diturunkan punggung isteri ke paras ereksinya. Sebenarnya orang gemuk tidak perlu lagi menggantung pasangan atau menggunakan peralatan untuk membantu ketika mengadakan hubungan seks. Yang penting ialah mereka bekerjasama dengan pasangan untuk menjaya dan menikmati hubungan seksual penetratif. Hubungan Keintiman Seksual Dengan Pasangan Lelaki Yang Gemuk Boleh diba...

Pengertian Teruna dan Dara

Image
Number of View: 0 TAKRIFAN ‘TERUNA’ DAN ‘DARA’ Soalan SAYA pemuda berusia 23 tahun dan ingin kepastian mengenai fakta teruna dan dara. Ketika berusia 20 tahun, saya melakukan hubungan seks kali pertama dengan seorang wanita dan tidak pasti sama ada dia masih dara atau tidak. Kami kemudian melakukannya banyak kali dengan hanya seks pertama saya memakai kondom dan selepas itu tidak lagi. Selepas itu saya tidak lagi melakukan hubungan seks dengan mana-mana wanita sehingga sekarang, tetapi saya sering melakukan onani untuk memuaskan nafsu. Namun, ketika onani saya cepat berasa geli dan tidak sampai seminit sudah terpancut. Persoalan, adakah teruna saya hilang walaupun memakai kondom? Ada juga yang mengatakan jika seorang lelaki itu kali pertama melakukan hubungan seks dengan wanita yang tiada dara, lelaki itu masih dianggap teruna. Betul ke? FAZLI, Perlis Jawapan Takrif ‘teruna’ dan ‘dara’ memberi maksud lelaki yang belum pernah melakukan seks penetratif. Jika menggu...

Rawatan kesuburan bagi yang inginkan cahaya mata

Image
Number of View: 0 RAWATAN KESUBURAN SUDAH menjadi lumrah bagi pasangan berkahwin inginkan cahaya mata. Justeru, peredaran masa setahun demi setahun usia perkahwinan tanpa menunjukkan sebarang tanda kehamilan pasti menimbulkan tekanan kepada pasangan berkenaan. Pada masa itu, pasangan wanita khususnya akan berasa diri mereka yang bermasalah dan mula berfikiran bukan-bukan sehingga menghadirkan tekanan kepada diri sendiri dan pasangan. Bagaimanapun, ingin diingatkan, langkah yang sepatutnya diambil pada masa itu bukan menuding jari atau bermenung mengenangkan nasib, sebaliknya berjumpa doktor pakar. Wanita yang mempunyai pusingan haid tetap dan tepat dengan jarak hari pertama haid dengan hari pertama haid berikutnya tidak kurang dari 21 hari atau tidak lebih dari 40 hari adalah petanda wanita itu mampu menghasilkan telur. Waktu haid yang pendek bukan petanda wanita itu kurang subur. Wanita yang subur menghasilkan lendir yang putih jernih pada pertengahan pusingan haid dan ini petanda tel...

Suami hilang nafsu untuk bersama

Image
Number of View: 0 SUAMI HILANG NAFSU Soalan SAYA sudah berkahwin sembilan bulan, tetapi tidak pernah sekalipun ‘bersama’ suami. Menurut ‘ustaz’ yang cuba menyelesaikan masalah kami, suami terkena sihir tahap tinggi. Saya yakin selain masalah sihir, ada kemungkinan masalah psikologi antara punca suami hilang nafsu terhadap saya. Saya juga yakin dia bukan tidak cintakan saya kerana ketika hendak kahwin dulu, suamilah yang paling beriya-iya. Bolehkah doktor memberi pendapat mengenai jalan terbaik untuk saya dan suami ambil bagi menyelesaikan masalah kami? WANI AFFENDI Kuala Lumpur Jawapan Tidak dinafikan ada banyak kes pasangan diijabkabul tidak dapat melangsungkan hubungan keintiman seksual. Apa yang berlaku ialah ketika hendak bersama, isteri ‘menutup’ atau mengemut lubang najis dan lubang kencing yang secara tidak langsung menutup pembukaan farajnya. Ini menyukarkan suami melakukan seks penetratif. Jika suami gagal banyak kali, perasaan ghairahnya menurun dan dia hilang nafsu syahwatny...

Prihatin Naluri Isteri bila bersama

Image
Number of View: 0 PRIHATIN NALURI ISTERI ADA suami yang hanya memikirkan kepuasan diri ketika menjalin hubungan intim. Natijahnya, si isteri kecewa sehingga beranggapan kepentingannya tidak dipedulikan. Bagi pasangan suami isteri, situasi seperti itu berisiko menghakis keharmonian rumah tangga. Justeru, penting bagi suami mengambil berat kepuasan isteri. Ia bukan sesuatu yang sukar kerana situasi itu boleh diubah jika suami tahu kemuncak syahwat atau klimaks isteri. Klimaks tercapai apabila anggota seksual itu mencapai kemuncak rangsangan. Pencapaian kemuncak berbeza untuk semua wanita dan untuk sebilangan wanita pula perasaan puas itu mencukupi untuk mereka. Ada wanita mencapai klimaks dengan sentuhan intim saja dan belum sempat suami melakukan persetubuhan penetratif. Ada yang mencapai klimaks dengan sentuhan kepada klitoris atau dengan sentuhan intim menggunakan jari atau lidah. Ada juga yang mencapai kemuncak dengan menggesel lelangit faraj atau ‘G-Spot’ (tiga sentimeter dari pembu...