Skip to main content

Dua bulan kahwin tapi masih dara sebab kemaluan suami tidak naik dan lembik

Number of View: 0

Saya berkahwin dua bulan namun masih dara. Pada malam pertama, suami ingin melakukan hubungan kelamin tetapi kemaluannya tidak naik dan lembik sehingga sekarang.

Ia berlaku setiap kali kami ingin bersetubuh dan keadaan ini mengecewakan saya.
Untuk pengetahuan doktor, sebelum berkahwin, suami saya kuat onani. Adakah kemaluannya bermasalah disebabkan selalu onani? Adakah kemungkinan perbuatan itu penyebab mati pucuk?

MELISSA
Batu Pahat, Johor

tumblr_od0wvuq8qq1v6doy7o2_1280Cerita anda sa­ngat menyedihkan. Dalam keadaan sebegitu, memang anda rasa serba salah dan tak tahu nak buat apa. Suami terangsang tapi ang­gota kelaminnya tidak tegang.

Jika dipegang rasa pejal dan kelihatan membesar tapi tak sekeras seperti diinginkan. Jika cuba melakukan tusukan, anggota kelamin akan membeng­kok dan hujungnya tersempal ke bahagian antara dua bibir anggota kelamin anda.

Memang dia mengalami ‘mati pucuk’, ibarat pucuk yang lembut tak menjadi dahan yang keras. Dalam erti kata lain, zakarnya tak mengeras secukupnya untuk melakukan penetrasi faraj.

Ini ada kaitan dengan kelemahan otot kemut dan pelancaran darah ke dalam liang otot zakarnya yang membuatkan ereksi tak berdaya. Jika situasi ini berlaku kepadanya pada malam pertama, ia dikenali sebagai mati pucuk malam pertama.

Dia perlu jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan sewajar. Jika tak dapat menyelesaikan masalahnya, doktor itu akan merujuk kes kepada pakar.

Perlu diketahui masalah mati pucuk ada penawar yang berkesan. Elak me­ngambil ubat kuat, kopi atau bahan makanan yang biasa dikaitkan dengan kemampuan menguatkan syahwat lelaki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Warna Pilihan Lambang Peribadi Lelaki

Number of View: 0   Putih Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia symbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Lelaki yang gemarkan warna putih amat gemarkan kebersihan dan dia begitu menitikberatkan soal kekemasan diri. Anda yang sukakan warna bersih ini juga seorang yang cermat dalam pelbagai hal. Merah Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan kemarahan. Merah Jambu Ia adalah gabungan warna merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan kerana itu lelaki yang gemar warna ini, biasanya berjiwa lembut dan penuh kasih saying yakni romantis. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan. Oren Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan da...

40 kes lelaki yang tidak layak jadi suami

Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama 2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian. 3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya. 4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun d...

Penyakit-penyakit yang sering dihidapi oleh LELAKI

Number of View: 0 LAPORAN tahunan dari Hospital Universiti di Petaling Jaya mengenal pasti bahawa penyakit jantung mendahului senarai bilangan kematian setiap tahun berbanding penyakit-penyakit lain. Bilangan pesakit jantung semakin meningkat 5% dari tahun 1991 sehingga 1992. Selain dari penyakit jantung, terdapat enam penyakit lain yang sering mengancam lelaki dan menyebabkan kematian. Antaranya adalah barah, bush pinggang, tyroid dan kencing manis. Sesetengah penyakit serius ini boleh dirawat dan disembuhkan jika mendapat rawatan awal. Lelaki disarankan membuat pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun memandangkan terdapat penyakit yang tidak dapat dikesan,tanpa pemeriksaan doktor. Pengamalan hidup yang sihat membantu lelaki dari penyakit- penyakit bahaya. Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor untok kepastian. PENYAKIT JANTUNG Awas! Penyakit ini juga menjadi pembunuh nombor satu lelaki selain daripada kemalangan di jalan raya...