Skip to main content

Perihal Alat kemaluan Lelaki

Number of View: 0
This guy knows sexy @johnny_lonely
This guy knows sexy @johnny_lonely

Biarpun alat sulit teman rapat anda, tidak pernah meninggalkan anda, tetapi masih ada beberapa rahsia mengenainya yang tidak anda ketahui.

Pernahkah anda mengalami masalah ‘bocor’, masih ada setitis dua air kencing yang keluar selepas anda selesai ke tandas?

Menurut pakar urologi di University of Texas Medical Branch, Joseph Sonstein, M.D., apabila bahagian uretra, iaitu tiub yang membawa air kencing ke pangkal penis, ‘terlari’ sedikit kedudukannya, perkara ini akan berlaku.

Jangan risau, ia adalah normal. Walaupun begitu, jika aliran air kencing adalah lemah dan kerap menitis, ia mungkin petanda jangkitan mahupun simptom kanser prostat.

*Kenapa lambat?

Seperti setitis dua air kencing yang menitis selepas selesai membuang air kecil, kebocoran ejakulasi juga akan keluar selepas anda terangsang.

Usah risau kerana keadaan ini adalah sama seperti kes air kencing yang diterangkan tadi. Memandangkan lendir ini lebih pekat berbanding air kencing, maka ia mengambil masa untuk keluar sepenuhnya.

*Kecut ketika basah?

Bukan basah yang menyebabkan keadaan ini. Untuk pengetahuan anda, apabila alat sulit anda terdedah kepada air atau suhu sejuk, ia akan mengecut.

Sperma memerlukan suhu tertentu untuk bertindak aktif. Apabila anda berada di dalam keadaan sejuk, bahagian skrotum akan ditarik ke tubuh anda. Oleh itu, ia tampak seperti mengecut.

*Bina ‘khemah’ di pagi hari

Tahap hormon testosterone anda meningkat pada waktu pagi. Walaupun anda tidak terangsang, alat sulit anda tetap akan ‘naik’. Ia sebenarnya bertujuan untuk mengekalkan fungsi seksual yang berkesan.

*Kenapa ‘mimpi basah’ terjadi?

Perkara ini mungkin berlaku kerana tahap testosterone yang tinggi dan biasanya berlaku ketika anda tidur.

Oleh sebab itulah, kebanyakan lelaki yang mempunyai tahap testosterone yang tinggi akan mengalami ‘mimpi basah’ ketika sedang tidur.dikatakan keadaan ini biasanya berlaku ketika seorang lelaki itu baru melalui tempoh terangsang, yang dapat membantu penghasilan sprema baru yang berkualiti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Warna Pilihan Lambang Peribadi Lelaki

Number of View: 0   Putih Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia symbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Lelaki yang gemarkan warna putih amat gemarkan kebersihan dan dia begitu menitikberatkan soal kekemasan diri. Anda yang sukakan warna bersih ini juga seorang yang cermat dalam pelbagai hal. Merah Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan kemarahan. Merah Jambu Ia adalah gabungan warna merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan kerana itu lelaki yang gemar warna ini, biasanya berjiwa lembut dan penuh kasih saying yakni romantis. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan. Oren Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan da...

40 kes lelaki yang tidak layak jadi suami

Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama 2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian. 3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya. 4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun d...

Penyakit-penyakit yang sering dihidapi oleh LELAKI

Number of View: 0 LAPORAN tahunan dari Hospital Universiti di Petaling Jaya mengenal pasti bahawa penyakit jantung mendahului senarai bilangan kematian setiap tahun berbanding penyakit-penyakit lain. Bilangan pesakit jantung semakin meningkat 5% dari tahun 1991 sehingga 1992. Selain dari penyakit jantung, terdapat enam penyakit lain yang sering mengancam lelaki dan menyebabkan kematian. Antaranya adalah barah, bush pinggang, tyroid dan kencing manis. Sesetengah penyakit serius ini boleh dirawat dan disembuhkan jika mendapat rawatan awal. Lelaki disarankan membuat pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun memandangkan terdapat penyakit yang tidak dapat dikesan,tanpa pemeriksaan doktor. Pengamalan hidup yang sihat membantu lelaki dari penyakit- penyakit bahaya. Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor untok kepastian. PENYAKIT JANTUNG Awas! Penyakit ini juga menjadi pembunuh nombor satu lelaki selain daripada kemalangan di jalan raya...