Skip to main content

Debat Suami vs Ustaz

Number of View: 0

Untuk suami yang curang, baca dan hayati pesanan Ustaz Azhar Idrus ini:

Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping daripada isteri saya. Isteri saya gemuk.

A great torso with strong legs, just perfect @andrewjkt

Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah melahirkan anak kamu ke? Tentu tidak, bukan? Kerana dia lebih sayangkan tubuh badannya berbanding kamu. Isteri kamu pula sanggup korbankan tubuhnya kerana dia lebih sayangkan kamu dari tubuhnya sendiri.

Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya manja dan lemah-lembut. Isteri saya langsung tiada masa untuk saya dan kadangkala dia garang dengan saya.

Ustaz : Perempuan simpanan kamu tidak ada tanggungjawab untuk dipikul. Dia tidak perlu tahu masalah kamu, hutang-piutang kamu. Kerana itu dia sentiasa gembira bersama kamu. Berbanding dengan isteri kamu dia memikul semua masalah kamu. Masanya terpaksa dibahagi untuk menjaga kamu dan anak-anakmu. Kerana dia tahu menjaga anak-anakmu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu.

Suami : Isteri saya jarang memujuk saya berbanding perempuan simpanan saya. Dia sentiasa memujuk saya.

Ustaz : Isteri kamu sudah puas memujuk anak-anakmu bila mereka bertanya bila kamu akan pulang. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tidak pernah mengambil tahu tentang mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di mata anak-anakmu sedangkan kamu masih sibuk bergelumang dengan dosa bersama perempuan simpanan kamu. Perempuan simpanan kamu itu pernahkah terfikir tentang maruah kamu?

Suami : Tapi ustaz..

Ustaz : Beginilah, jika isteri kamu tidak cukup sempurna untuk kamu, kamu ceraikan saja dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tidak tahu bersyukur seperti kamu. Cuba kamu fikir, kalau bukan kerana dia korbankan bentuk tubuhnya kerana kamu, sepanjang hayat kamu tidak akan melihat waris keturunan kamu. Kalau dia mahu, dia juga boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai kamu.

Tetapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah kamu hargai. Bukan dia yang tidak cukup sempurna untuk kamu tetapi kamu yang tidak layak mendapat isteri sepertinya. Lebih baik kamu nilai diri sendiri dari kamu menilai isteri kamu kerana dia adalah ibu kepada anak-

P:S: Sayang isteri sehingga ke syurga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Warna Pilihan Lambang Peribadi Lelaki

Number of View: 0   Putih Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia symbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Lelaki yang gemarkan warna putih amat gemarkan kebersihan dan dia begitu menitikberatkan soal kekemasan diri. Anda yang sukakan warna bersih ini juga seorang yang cermat dalam pelbagai hal. Merah Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan kemarahan. Merah Jambu Ia adalah gabungan warna merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan kerana itu lelaki yang gemar warna ini, biasanya berjiwa lembut dan penuh kasih saying yakni romantis. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan. Oren Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan da...

40 kes lelaki yang tidak layak jadi suami

Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama 2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian. 3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya. 4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun d...

Penyakit-penyakit yang sering dihidapi oleh LELAKI

Number of View: 0 LAPORAN tahunan dari Hospital Universiti di Petaling Jaya mengenal pasti bahawa penyakit jantung mendahului senarai bilangan kematian setiap tahun berbanding penyakit-penyakit lain. Bilangan pesakit jantung semakin meningkat 5% dari tahun 1991 sehingga 1992. Selain dari penyakit jantung, terdapat enam penyakit lain yang sering mengancam lelaki dan menyebabkan kematian. Antaranya adalah barah, bush pinggang, tyroid dan kencing manis. Sesetengah penyakit serius ini boleh dirawat dan disembuhkan jika mendapat rawatan awal. Lelaki disarankan membuat pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun memandangkan terdapat penyakit yang tidak dapat dikesan,tanpa pemeriksaan doktor. Pengamalan hidup yang sihat membantu lelaki dari penyakit- penyakit bahaya. Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor untok kepastian. PENYAKIT JANTUNG Awas! Penyakit ini juga menjadi pembunuh nombor satu lelaki selain daripada kemalangan di jalan raya...