Skip to main content

KeDinginan Lelaki Dalam Seks

Number of View: 0

tumblr_od0wvuq8qq1v6doy7o3_1280Ramai wanita menyangka bahawa lelaki sentiasa bersedia atau berkemampuan untuk melakukan seks. Sangkaan ini berpunca dari sikap lelaki yang mudah bangkit nafsu syahwatnya dan lelakilah yang biasanya mengajak untuk memulakan seks.

Sebenarnya tidak ada lelaki yang cukup responsif dan menegang zakarnya dengan cukup melainkan keadaan dirinya bersedia atau syarat untuk meningkatnya ghairah dapat dipenuhi dengan munasabah.

Tindakbalas seksual bagi lelaki nampaknya menurun apabila meningkatnya umur lelaki. Semasa remaja, sistem saraf seksual lelaki amat mudah terangsang, hal-hal yang kecil bisa menyebabkan zakar tegang. Bila lelaki bertambah dewasa mekanisma ketegangan kurang terangsang, ini bersebab dari berbagai perkara.

Untuk membolehkan lelaki bertindakbalas kepada seks dengan baik, syarat-syaratnya adalah sebagaimana berikut:

1. Tidak terlalu letih.
2. Tidak ujud ketidak selesaan fizikal yang berat seperti sakit kepala, ataupun sakit pinggang.
3. Emosi tidak terganggu seperti rasa bersalah, kecewa, marah, risau atau fikiran kacau atau rasa rendah diri.
4. Ujudnya dorongan atau minat untuk melakukan seks. Sepatutnya lelaki bergantung kepada perasaan sendiri, bukan kepada situasi. Jika isteri mahu jima’ dan suami tidak breezed, suami boleh membantu isteri untuk inzal dengan cara selain jima’.
5. Berminat dan tertarik kepada pasangan.
6. Tidak ujud perasaan risau mengenai betapa baguskah dirinya dalam jima’ dan apakah perasaan isteri mengenai dirinya dalam jima’.
7. Tidak ujud tekanan dalam perhubungan (contohnya perselisihan).
8. Ujudnya ransangan mental dan fizikan yang cukup. Semasa tua, lelaki perlu lebih banyak ransangan fizikal terhadap zakar.
9. Ujud sekitaran fizikal yang cukup iaitu tiada gangguan, tidak diketahui atau didengari oleh orang yang berhampiran, tiada gangguan telefon, atau cuaca tidak terlalu panas atau sejuk.
10. Tidak meminum arak atau mengambil dadah. Lelaki yang mempunyai masalah zakar tidak tegang perlu menjauhi arak dan dadah.

Jenis pekerjaan yang bayak memeras otak dianggap cepat meletihkan mental, begitu juga pejabat yang berhawa dingin cepat meletihkan fizik. Tidak hairanlah pada zaman ini ramai lelaki yang pulang ke rumah dalam keadaan yang terlalu letih dan mungkin tertidur sebelum menyedari bahawa pada ketika itu isteri memerlukannya. Sebagai isteri patutlah difahami duduk perkara dan sebab musababnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Warna Pilihan Lambang Peribadi Lelaki

Number of View: 0   Putih Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia symbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Lelaki yang gemarkan warna putih amat gemarkan kebersihan dan dia begitu menitikberatkan soal kekemasan diri. Anda yang sukakan warna bersih ini juga seorang yang cermat dalam pelbagai hal. Merah Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan kemarahan. Merah Jambu Ia adalah gabungan warna merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan kerana itu lelaki yang gemar warna ini, biasanya berjiwa lembut dan penuh kasih saying yakni romantis. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan. Oren Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan da...

40 kes lelaki yang tidak layak jadi suami

Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama 2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian. 3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya. 4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun d...

Penyakit-penyakit yang sering dihidapi oleh LELAKI

Number of View: 0 LAPORAN tahunan dari Hospital Universiti di Petaling Jaya mengenal pasti bahawa penyakit jantung mendahului senarai bilangan kematian setiap tahun berbanding penyakit-penyakit lain. Bilangan pesakit jantung semakin meningkat 5% dari tahun 1991 sehingga 1992. Selain dari penyakit jantung, terdapat enam penyakit lain yang sering mengancam lelaki dan menyebabkan kematian. Antaranya adalah barah, bush pinggang, tyroid dan kencing manis. Sesetengah penyakit serius ini boleh dirawat dan disembuhkan jika mendapat rawatan awal. Lelaki disarankan membuat pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun memandangkan terdapat penyakit yang tidak dapat dikesan,tanpa pemeriksaan doktor. Pengamalan hidup yang sihat membantu lelaki dari penyakit- penyakit bahaya. Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor untok kepastian. PENYAKIT JANTUNG Awas! Penyakit ini juga menjadi pembunuh nombor satu lelaki selain daripada kemalangan di jalan raya...